Aksi dan momentum yang konsisten dipamerkan oleh penjaga gol berdarah kacukan Vietnam-Republik Czech, Filip Nguyen dalam saingan Fortuna Liga jelas menggembirakan ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo.
Semalam, Filip Nguyen tampil dalam kesebelasan utama skuad Slovan Liberec dan berjaya membantu pasukan itu mengutip 3 mata penuh dan seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka untuk mencari slot kelayakan ke UEFA Champions League.
Ketua jurulatih Slovan Liberec, Pavel Hoftych juga turut memuji persembahan cemerlang Filip Nguyen yang banyak menangkis serangan serta percubaan pihak lawan.
“Kami bermula dengan sedikit sukar kerana lawan yang mempamerkan aksi berkualiti. Terima kasih kepada FIlip Nguyen kerana berterusan menyelamatkan gol dan membantu kami memberikan keyakinan untuk menyusun, menyerang seterusnya berjaya mencari gol kemenangan.”
Dengan Dang Van Lam yang masih tidak mampu untuk kembali ke tahap asal serta 2 lagi penjaga gol Van Toan dan Bui Tien Dung yang tidak mempamerkan aksi yang konsisten, Filip Nguyen adalah pilihan yang paling tepat untuk Park Hang-seo ketika ini.
Pastinya, ketua jurulatih dari Korea Selatan itu mahu mempercepatkan proses dokumentasi Filip Nguyen untuk membolehkan beliau menyertai skuad kebangsaan Vietnam sebagai persediaan untuk perlawanan penting hujung tahun nanti.
Jangan terlepas membaca artikel padu lain berkaitan bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda dibawah ini.
Benarkah Vissel Kobe Catatkan Keuntungan RM462.78 Juta? Ini Kisah Sebenar Untuk Kita Lebih Faham
Stephan Schrock: “Bola Sepak Hanya 3 Jam Sehari, Baki 21 Jam Lagi Adalah Mengenai Kehidupan”