Romania menewaskan Kosovo 2-0 dalam perlawanan kelayakan Euro 2024 yang dihentikan seketika pada hari Selasa selama hampir sejam selepas penyokong Romania berulang kali melaungkan nyanyian pro Serbia.
Baca Juga:
- Hansi Flick Dipecat!
- Harry Maguire Dipanggil Wakili England Walaupun Memanaskan Bangku Simpanan Sejak Musim Lalu
- Man United Gantung Antony
Nyanyian dan banner provokatif itu dibuat. Dengan kain rentang bertulis: “Kosovo adalah Serbia” dan menyorak: “Serbia Serbia.”
Kapten Romania meminta penyokong negara itu menurunkan kain rentan itu dan menghentikan tindakan provokasi terhadap Kosovo. Namun tidak diendahkan.
Akhirnya pengadil menghentikan seketika permainan dan mengarahkan pemain pemain masuk ke bilik persalinan. Tindakan pengadil itu mendapat pujian ramai pihak.
Tidak lama kemudian, perlawanan di sambung semula.
“Perlawanan telah disambung semula selepas permainan digantung seketika kerana tingkah laku diskriminasi daripada beberapa penyokong,” kata UEFA menerusi laman web mereka selepas gangguan selama 50 minit.
Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan keluar daripada Serbia pada 2008 dan mendapat pengiktirafan daripada lebih 100 negara, tetapi bukan dari Romania.
Kosovo meminta untuk dibenarkan beraksi dalam bola sepak antarabangsa pada 2010.
Kosovo akhirnya diterima dalam FIFA. Dan mereka bermain aksi bola sepak antarabangsa yang pertama pada 5 Mac 2014 menenang Haiti di Mitrovica. Aksi berakhir seri tanpa jaringan.
Sehingga ke hari ini rakyat Romania sangat membenci Kosovo dan seringkali menyatakan bahawa Kosovo adalah serbia dan bukannya sebuah negara merdeka.
Permainan dimulakan semula dan, sejurus sebelum rehat, Vedat Muriqi dari Kosovo dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari pemain tengah Vladimir Screciu.
Pasukan Romania memanfaatkan separuh masa kedua dengan gol Nicolae Stanciu pada minit ke-83 dan Valentin Mihaila pada masa kecederaan.
Kemenangan itu melonjakkan Romania ke tangga kedua Kumpulan I dengan 12 mata, dua mata di belakang pendahulu Switzerland. Kosovo jatuh ke tempat kelima.