Romania sangat kecewa kerana UEFA setakat ini masih tidak mengambil tindakan ke atas Ukraine B-21 yang didakwa melanggar peraturan FIFA.

Pasukan kebangsaan B-21 Ukraine telah melanggar peraturan FIFA dengan menggunakan dua pemain yang tidak sah atau tidak berkelayakan dalam perlawanan kumpulan Kejohanan Eropah B-21 ataupun EURO B-21 menentang Croatia.

Di mana Ukraine menang 2-0 dalam perlawanan tersebut.

Persatuan Bola Sepak Romania, FRF meminta tindakan tegas ke atas Ukraine kerana perkara tersebut.

Pengurus Ukraine B-21, Ruslan Rotan memulakan Anatoliy Trubin antara gol dalam perlawanan pada hari Rabu, 21 Jun, di stadium Giulesti, manakala pemain tengah Georgiy Sudakov diperkenalkan pada minit ke-83.

Mereka telah beraksi pada hari Isnin untuk pasukan kebangsaan senior dalam pusingan awal kelayakan Euro 2024, menentang Malta,  beraksi dua perlawanan dalam masa kurang daripada 48 jam.

Peraturan FIFA menyatakan bahawa pemain bola sepak hanya boleh digunakan dalam perlawanan peringkat B-21 dan pasukan ‘A’ dengan syarat mereka mempunyai tempoh rehat dua hari kalendar di antara perlawanan tersebut.

“Menurut artikel 1, perenggan 4, lampiran 1 Peraturan FIFA mengenai Status dan Perpindahan Pemain, rehat dua hari kalendar diperlukan antara dua perlawanan.”

Sebagai contoh, seseorang pemain itu boleh dimainkan untuk aksi pasukan B-21 dan pasukan senior pada hari Khamis dan Ahad, dengan rehat pada hari Jumaat dan Sabtu.

Persekutuan Bola Sepak Romania menegaskan bahawa mereka telah meminta UEFA untuk menjelaskan situasi tersebut. Ini kerana sebelum ini, pasukan Romania meminta penjelasan tentang situasi pemain muda mereka iaitu Valentin Screciu.

Di mana pemain itu terlibat dalam aksi pasukan utama Romania. Dan FRF diberitahu oleh UEFA bahawa, mereka dilarang menggunakan pemain itu dalam aksi menentang, berdasarkan peraturan FIFA.

Jadi, FRF mahukan keadilan dan peraturan yang sama digunakan pada Ukraine. Malangnya, UEFA setakat ini masih membisu dan masih tiada komen daripada kem Ukraine.

Ukraine kemudian menang ke atas Romania dalam aksi kedua kumpulan B. Ketika ini Sepanyol dan Ukraine masing masing dengan 6 mata selepas 2 perlawanan. Manakala Croatia dengan Romania masing masing 0 mata.