Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memberi kebenaran kepada ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Akira Nishino untuk memantau sesi latihan bersama kelab masing-masing namun tidak membenarkan pengendali dari Jepun itu berinteraksi dengan pemain.
Saingan Thai League dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda negara itu dan sesi latihan bagi skuad kebangsaan juga terpaksa dibatalkan.
Meskipun saingan digantung, namun para pemain masih dibenarkan untuk menjalani sesi latihan bersama kelab masing-masing.
Presiden FAT, Somyot Phumpanmuang menasihati Akira agar tidak berinteraksi langsung dengan pemain bagi mengelakkan beliau dijangkiti virus COVID-19.
“Saingan Thai League dihentikan sementara tetapi kami membenarkan Akira Nishino untuk memantau sesi latihan pemain di kelab masing-masing,” kata Somyot.
Nishino pasa mulanya bercadang untuk pulang ke Jepun namun beliau terpaksa melupakan hasratnya kerana ada peraturan larangan terbang daripada kerajaan tempatan.
Thailand sepatutnya berdepan pasukan Indonesia di laman sendiri pada perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Namun, perlawanan tersebut terpaksa ditunda ke satu tarikh yang bakal diberitahu kelak.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Thailand di sini:
“Centre Back” Ipswich Town, Elkan Baggott Pilih Indonesia Berbanding Thailand
Thailand Dan Indonesia Sibuk ‘Claim’ Pemain Ipswich Town, ‘Center Back’ 1.94 Meter Berusia 17 Tahun