Pemain kacukan England-Indonesia berusia 17 tahun, Elkan Baggott menjadi rebutan antara dua pasukan iaitu Indonesia dan Thailand dimana keduanya mahu Elkan untuk membarisi skuad kebangsaan masing-masing.

Pemain pertahanan tengah yang mempunyai ketinggian 1.94 meter itu beraksi bersama skuad B-18 tahun kelab EFL League One, Ipswich Town. Oleh kerana dilahirkan di Thailand dan mempunyai ibu dari Indonesia, kedua-dua negara berebut untuk mendapatkan khidmat Elkan.

Elkan Baggott
Elkan Baggott

Baru-baru ini, Elkan menegaskan beliau lebih memilih untuk beraksi bersama skuad Garuda kerana faktor keluarga. Namun, pemain itu tidak menutup kemungkinan untuk beraksi bersama Thailand sekiranya perancangan pasukan bimbingan Akira Nishino itu lebih baik.

“Saya lebih gemar untuk beraksi bersama Indonesia kerana ibu saya berasal dari sana. Saya berharap dapat terpilih untuk beraksi dalam temasya Piala Dunia B-20 tahun yang akan berlangsung pada 2021 nanti,” kata Elkan.

“Tetapi saya juga perlu melihat apa yang ditawarkan oleh Thailand dan apa sasaran yang mereka tetapkan. Saya juga akan melihat apa perancangan yang dimiliki oleh Indonesia. Namun, Indonesia menjadi pilihan utama saya.

https://twitter.com/BaggottElkan/status/1240252100908584962?s=19

Bersama Ipswich, Elkan Baggott pernah memenangi kejuaraan Hospital Cup 2019 yang mana turut disertai oleh pasukan seperti Manchester United dan Tottenham Hotspur.

Baca artikel lain mengenai pasukan Indonesia di sini:

Thailand Dan Indonesia Sibuk ‘Claim’ Pemain Ipswich Town, ‘Center Back’ 1.94 Meter Berusia 17 Tahun

Sejarah Hari Ini – Timnas Indonesia Hadapi Kamerun Di Laga Uji Coba

Sejarah Hari Ini (26 Maret) – Gol Tunggal Raphael Maitimo Bawa Timnas Indonesia Kalahkan Andorra