Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melalui pendekatan ‘zero-tolerence‘ terhadap manipulasi perlawanan bola sepak dibawah bidang kuasa mereka, Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC telah menjatuhkan hukuman mengharamkan 4 pemain dari terlibat dengan segala aktiviti bola sepak seumur hidup.

Kursanbek Sheratov diharamkan dari mengambil bahagian dalam semua aktiviti berkaitan bola sepak seumur hidup apabila melanggar Artikel 66.1, 69.1 dan 69.2 Kod Disiplin dan Etika AFC.

Jawatankuasa itu juga turut mengharamkan 3 lagi pemain, Vladimir Verevkin, Iliaz Alimov dan Abduaziz Mahkamov dari terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak selepas melanggar Artikel 66.

Artikel 66 AFC
Screenshot 2019-08-02 at 11.58.38 PM
Artikel 69

Sheratov, warganegara Republik Kyrgyzstan didapati bersalah terlibat dalam konspirasi manipulasi perlawanan yang melibatkan kelabnya Dordoi FC dalam kejohanan AFC Cup musim 2017. Beliau juga didapati bersalah kerana memberikan sokongan kepada aktiviti judi perlawanan tersebut.

623000.1564717706.b
Kursanbek Sheratov (biru)

Verevkin dan Alimov, yang juga warganegara Republik Kyrgyzstan pula didapati bersalah kerana terlibat dalam konspirasi manipulasi beberapa perlawanan melibatkan kelab mereka FC Alay dalam kejohanan AFC Cup musim 2017 dan/atau 2018. (Artikel 66.1)

gettyimages-72661327-594x594jpg
Vladimir Verevkin (merah)

Manakala Mahkamov, seorang warganegara Tajikistan, didapati bersalah terlibat dalam konspirasi manipulasi beberapa perlawanan melibatkan kelab mereka FC Alay dalam kejohanan AFC Cup musim 2017 dan 2018.(Artikel 66.1)

Pihak AFC dengan kerjasama Sportradar telah mengambil beberapa langkah khusus untuk memerangi gejala ini sejak 2016 termasuklah melantik Ketua Integriti yang bebas untuk menangani masalah ini dengan lebih baik dan pantas.

Sumber