Penganjur liga bola sepak Thailand, Thai League semalam telah membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman denda keatas kelab SCG Muangthong United selepas penyokong mereka mengangkat banner dengan tulisan yang kurang digemari.
Insiden yang berlaku ketika SCG Muangthong United menerima kunjungan kelab TRUE Bangkok United di SCG Stadium pada 23 Febuari 2020 yang lalu.
Perlawanan itu bagaimanapun berkesudahan dengan SCG Muangthong United tewas 1-2 kepada skuad bimbingan Mano Polking ditempat sendiri.
Penyokong kelab itu terutamanya ultras mereka sememangnya tidak berpuashati dengan beberapa keputusan VAR yang mengundang banyak kontroversi walaupun liga baru sahaja bermula.
Nilai denda yang dikenakan itu mungkin tidak begitu besar tetapi jika kesalahan sama berulang hukuman yang lebih berat bakal dikenakan.
Namun, mesej penting disini adalah sejauh mana keberkesanan pegawai perlawanan membuat keputusan dibantu dengan teknologi VAR dan bukan mengharapkan VAR memberikan keputusan terhadap sesuatu insiden dalam padang.
VAR mula diperkenalkan kembali musim ini dalam saingan Thai League selepas beberapa isu berbangkit terutamanya tahap kecekapan pegawai perlawanan.
Baca juga artikel lain yang berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Thai League 1 Merekodkan ‘Revenue’ Semasa Perlawanan Pertama Liga Musim 2020 Berjumlah RM731,750