Saingan Thai League 1 musim 2020 baru sahaja menamatkan aksi perlawanan ke-2 dan akan masuk ke perlawanan ke-3 minggu ini.

Seperti artikel yang telah kami terbitkan minggu lalu berkaitan jumlah perolehan atau revenue yang dikutip sepanjang perlawanan-perlawanan berlangsung untuk setiap matchday, pihak Thai League secara rasmi telah melakukan kemaskini dan diumumkan semalam.

Dari keseluruhan 8 perlawanan yang berlangsung, sebanyak TBH7,024,911 atau RM937,688 dikutip, dan jumlah ini memperlihatkan peningkatan lebih RM200,000 berbanding jumlah yang dijana pada perlawanan pertama.

photo_2020-02-25_11-50-24

Dari segi kehadiran penonton pula, peningkatan sebanyak hampir 7,000 orang direkodkan dalam perlawanan kedua yang berjumlah 47,355 orang berbanding kehadiran pada perlawanan pertama iaitu 40,999 orang.

Manakala untuk saingan Thai League 2 atau M-150 Championship pula, merekodkan kutipan berjumlah TBH1,716,420 atau RM229,001 yang menyaksikan terdapat penurunan sekitar RM50,000 berbanding perlawanan pertama.

87792316_1312790055776212_9068171443698663424_o

Jumlah kehadiran penyokong di 9 buah venue perlawanan juga mencatatkan penurunan sekitar 5,000 orang berbanding perlawanan pertama.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Thai League 1 Merekodkan ‘Revenue’ Semasa Perlawanan Pertama Liga Musim 2020 Berjumlah RM731,750

BG Pathum United Catat Kehadiran Paling Tinggi Dalam Perlawanan Pertama Thai League 1 Musim 2020

FA Thailand Umumkan Hak Penyiaran Thai League Akan Dipegang Konsortium Syarikat Tempatan Dan Antarabangsa.