Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid kini sudah mempunyai jenama sendiri dalam pelbagai koleksi pakaian seperti baju T, jersi dan ‘hoodie’. Terbaharu, pemain yang berusia 20 tahun itu melancarkan rekaan kurta untuk tahun 2020 dan kini mula dijual kepada para peminat.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama sebulan ini dimanfaatkan oleh Akhyar untuk mencari pendapatan sampingan dengan berniaga kurta secara dalam talian.
Menerusi kenyataan di laman facebook rasmi Akhyar Rashid, 6 pilihan warna telah dikeluarkan dan para peminat boleh mendapatkan kurta tersebut dengan potongan harga sebanyak 20 peratus sehingga 17 april ini.
“Sempena PKP dilanjutkan, BOSS19 akan bagi discount bermula 10 april hingga 17 april. Harga asal RM150. Harga setelah diskaun RM130. Kurta Akhyar Rashid adalah ‘Pre-Order’ dan stok terhad,” kata kenyataan itu.
Jika anda berminat untuk mendapatkan kurta tersebut, boleh menghubungi laman facebook tersebut untuk sebarang info dan pertanyaan. Penghantaran ke seluruh semenanjung Malaysia adalah percuma manakala penghantaran ke Sabah dan Sarawak akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM10.00.
Bekas pemain Kedah itu menyertai JDT pada tahun 2018 dengan kontrak selama empat tahun. JDT juga menambah klausa pelepasan perpindahan bernilai RM12 juta ke atas kontraknya.
Selain Akhyar, seorang lagi bintang JDT iaitu Safawi Rashid turut mengeluarkan produk hand sanitizer ataupun digelar cecair basmi kuman miliknya.
Safawi terpanggil untuk menghasilkan produk itu bagi memastikan semua rakyat Malaysia bebas kuman dan wabak COVID-19 ketika ini.
Baca artikel lain mengenai kisah pemain bola sepak tempatan mencari pendapatan sampingan sepanjang PKP.
Pemain Tengah UiTM FC Cari Duit Poket Bantu Abang Jual “Cornflakes Salted Egg” Secara Online
Azmeer Yusoff: Jual Ikan Sehingga 1.3 Tan Sehari, Cari Pendapatan Tambahan Ketika PKP