3 Hari lepas, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengumumkan penjenamaan semula semua pertandingan kelolaan mereka bagi meningkatkan reputasi dan prestij kejohanan tersebut mulai 2021.
Ini termasuk semua pertandingan di peringkat bawah umur seperti Kejohanan AFC B-23 ditukar kepada Piala Asia B-23 (AFC U23 Asian Cup), Kejohanan AFC B-19 ditukar kepada Piala Asia B-19 (AFC U19 Asian Cup) dan Kejohanan AFC B-16 ditukar kepada Piala Asia B-16 (AFC U16 Asian Cup).
Manakala kejohanan futsal serta bola sepak pantai dikenali sebagai Piala Asia Futsal (AFC Futsal Asian Cup) dan Piala Asia Bola Sepak Pantai (AFC Beach Soccer Asian Cup).
AFC age group and national team competitions will be rebranded to AFC Asian Cups from 2021!https://t.co/GTh4MroyEd
— AFC (@theafcdotcom) October 2, 2020
Keputusan penjenamaan itu dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Pemasaran AFC dan mendapat kelulusan daripada Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC.
Setiausaha Agung AFC, Dato Windsor John percaya perubahan ini dapat meningkatkan lagi nilai pertandingan dan mengukuhkan jenama di peringkat asia.
“Kami percaya perubahan itu mencerminkan kedudukan baru pertandingan dan dengan memperkukuhkan lagi jenama dan nilai komersial pertandingan kami, akan ada manfaat besar bagi AFC dan semua anggota.
“Bukan hanya nama yang akan berubah kerana AFC juga mempunyai Visi dan Misi iaitu terus meningkatkan dan melabur dalam semua pertandingan serta menyediakan platform terbaik untuk bakat Asia pada tahun-tahun mendatang,” katanya dalam satu kenyataan.
Pertandingan pertama yang membawa nama baharu itu ialah Kelayakan Piala Asia B-17 Wanita 2022 dan Piala Asia Wanita B-20 2022.
Bagaimanapun, penjenamaan semula dan penambahbaikan terkini hanya dilaksanakan untuk pertandingan AFC yang dijadualkan berlangsung dari tahun 2021 sahaja dan tidak akan melibatkan kejohanan bawah umur yang ditangguhkan dari tahun 2020.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Jorge Luis Pinto Panggil 3 Pemain Naturalisasi, Sisihkan Omar Abdulrahman
Diego Michiels: “Saya Sampai Sekarang Masih Sakit Hati Kalah Lawan Malaysia”