Kuala Lumpur City (KL City) melepaskan peluang untuk mengutip 3 mata dalam aksi pertama Piala AFC (AFC Cup) musim 2022 di halaman sendiri apabila terikat tanpa jaringan ketika menentang PSM Makassar malam tadi.
Palang sentiasa menjadi halangan kepada kedua-dua pasukan apabila kerap kali menafikan beberapa peluang keemasan untuk jaringan pertama. Malah, PSM Makassar nyaris berada di depan ketika separuh masa pertama namun percubaan Yakob Sayuri sekadar menggegar palang.
Nasib sama menimpa KL City pada minit ke-58 apabila rembatan Romel Morales di dalam kotak penalti turut singgah di palang gol. KL juga berpeluang menjaringkan gol menerusi tandukan Irfan Zakaria namun sekali lagi terkena palang.
Kedua-dua pasukan juga jelas berdepan dengan masalah ketumpulan penyudah dan keputusan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan. KL City akan melengkapkan aksi Kumpulan H berdepan kelab dari Singapura, Tampines Rovers pada hari Khamis ini.
⏰ FT: 🇮🇩 PSM Makassar 0️⃣-0️⃣ Kuala Lumpur City FC 🇲🇾
Both sides cancel each other out in their campaign opener and settle for a point each in Group H! #AFCCup2022 | #PSMvKLC pic.twitter.com/k9yfsFiWn6
— #AFCCup (@AFCCup) June 24, 2022
Sementara itu, satu lagi wakil negara, Kedah Darul Aman (KDA FC) bermula dengan langkah kiri apabila tewas 0-2 kepada Bali United di Denpasar, Indonesia. Dalam perlawanan itu, Kedah menurunkan 2 pemain import baharu iaitu Sanrawat Dechmitr dari Thailand dan Mahmoud Al Mardi dari Jordan.
Segalanya bermula dengan baik apabila Kedah berjaya mengekang beberapa percubaan berbahaya daripada jentera Serangan Bali United namun mereka dikecewakan dengan jaringan sendiri Ngah Wanja seminit sebelum tamat separuh masa pertama.
GOL! Bali United 1-0 Kedah
45'+2 Ngah Wanja (OG)
Kumpulan G#AFCCup2022 | #BUFvKDA pic.twitter.com/Bp03RnzrsI
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 24, 2022
Kedah cuba bangkit di separuh masa kedua namun tidak banyak gerakan berbahaya dilakukan oleh skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu. Malah, jentera tengah seolah-olah tiada idea untuk menembusi bentang pertahanan tuan rumah.
Pada minit ke 80, Bali United berjaya menambah gol kedua menerusi tandukan Rahmat selepas menerima hantaran cantik daripada rakan sepasukannya.
GOL! Bali United 2-0 Kedah
82' Rahmat
Kumpulan G#AFCCup2022 | #BUFvKDA pic.twitter.com/FbEEe8OjJo
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 24, 2022
Keputusan 0-2 kekal sehingga tamat perlawanan. Bali United kini berada di kedudukan teratas dalam kumpulan G bersama kelab Kemboja, Visakha FC yang turut mencatat kemenangan 2-1 ke atas kelab Filipina, Kaya FC.
Kedah dijadualkan menentang Kaya FC pada 27 Jun ini dan hanya kemenangan akan membuka kembali peluang mereka untuk buru tempat ke peringkat seterusnya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Piala AFC: Safee Sali Teringat Jaringan Menarik Ketika Bersama JDT Pada Tahun 2015
Australia Sedia Jadi Tuan Rumah Piala Asia Dengan Syarat AFC Anjak Ke Tahun 2024
ACL 2022: Aksi JDT Menentang Urawa Red Diamonds Akan Berlangsung Di Stadium Saitama