Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menunda kejohanan AFC bawah 19 tahun (B-19) yang bakal berlangsung di, Tashkent, Uzbekistan pada 14 hingga 31 Oktober ini.

Menurut kenyataannya dalam Harian Metro, ia bergantung pada situasi semasa wabak pandemik COVID-19 di negara tuan rumah. Selain itu, sekatan perjalanan yang masih dikenakan oleh beberapa negara yang terlibat turut diambil kira.

AFC pada minggu lepas turut mengumumkan penangguhan semua perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ke tahun depan. Keputusan penangguhan kejohanan AFC B-19 dijangka ketahui pada hujung bulan ini.

“Mesyuarat AFC bukan sahaja membincangkan mengenai kejohanan bawah 19 tahun tetapi membabitkan semua kejohanan termasuk penukaran tarikh Piala Dunia.

“Ia mesyuarat biasa untuk memberitahu maklumat terkini kepada ahli jawatankuasa pertandingan mengenai apa yang sedang berlaku ketika ini dan mendapatkan beberapa pandangan berhubung kejohanan yang dianjurkan selepas dunia dilanda pandemik Covid-19.

“Buat masa ini tiada keputusan, tapi kita sentiasa memantau situasi terkini kerana kes Covid-19 ini berbeza setiap hari di setiap negara termasuk negara tuan rumah.

“Paling awal keputusan mungkin dibuat pada hujung bulan ini kerana membabitkan banyak perkara. Sudah pasti keputusan terbaik akan dibuat demi kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terlibat,” katanya.

Windsor-John
Sumber Gambar: Foxsport Asia

Bulan lepas, kerajaan Uzbekistan telah melanjutkan tempoh “lockdown” di negara mereka susulan peningkatan kes wabak pandemik COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda pengurangan.

Kejohanan itu menawarkan 4 slot automatik ke Piala Dunia B-20 pada tahun 2021. Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama bekas juara, Qatar, Tajikistan dan Yaman.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini.

Indonesia Berhajat Jadi Tuan Rumah Piala Dunia FIFA 2030

Tabur Garam Dan Nasi Di Atas Padang, Kelab Vietnam Ini Disyaki Amalkan Ilmu Hitam Untuk Raih Kemenangan

Tiga Pemain Naturalisasi UAE Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan