Pasukan B-19 tahun negara berjaya melayakkan diri ke temasya AFC B-19 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada tahun hadapan setelah berjaya menewaskan Thailand pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Olimpik, Pnom Penh, Umar Hakim Suhar Redzuan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-84 sekaligus memastikan rekod tanpa kalah pasukan negara dalam kumpulan G diteruskan.

Setelah kejayaan pasukan negara mara ke temasya tahun hadapan, ketua jurulatih, Brad Maloney berpendapat masa depan bola sepak Malaysia cerah jika para pemain berjaya mengekalkan momentum pada masa akan datang.

Brad
Brad Maloney
Sumber Gambar: Kosmo

“Para pemain telah membuktikan kemampuan sebenar mereka. Jika mereka terus menampilkan prestasi sebegini, masa depan bola sepak Malaysia tampak cerah,” kata Maloney menurut laporan Free Malaysia Today.

Pada masa yang sama, Umar Hakeem teruja dengan kejayaan pasukan negara dan berpendapat pasukan hebat seperti Malaysia wajar untuk bersaing dengan pasukan besar dari rantau Asia yang lain.

“Saya merasa gembira. Kejayaan ini merupakan hasil daripada kerjasama diantara pemain. Kami teruja kerana dapat melayakkan diri dan Malaysia adalah satu pasukan yang hebat,” kata Umar.

Dalam kempen kelayakan, pasukan negara membuka tirai dengan menewaskan Kemboja dengan keputusan 5-4. Malaysia kemudiannya membelasah Brunei dan Northern Mariana Islands masing-masing dengan keputusan 11-0 dan 10-0 dan menutup tirai dengan menumpaskan Thailand.

Baca artikel lain mengenai skuad B-19 tahun negara di sini:

Gol Umar Hakeem Mengesahkan Tempat Malaysia U19 Dalam Pusingan Akhir AFC U19 2020 Di Uzbekistan

Kelayakan AFC B-19: Aiman Afif Bantu Malaysia Catat Kemenangan Besar Ke Atas Kepulauan Mariana Utara