Hasrat juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk membawa pulang 3 mata penuh dari Korea Selatan tidak jadi kenyataan selepas tewas 1-3 kepada Ulsan Hyundai pada aksi kumpulan I dalam saingan AFC Champions League (ACL) semalam.
Baca Juga:
- ACL 2023/24: JDT Terpaksa Akur Dengan Kehebatan Ulsan Hyundai
- Esteban Solari: Ada Pasukan Datang Ke Sini Hanya Untuk Kalah
- TMJ Tidak Menolak Kemungkinan Dion Cools Ke JDT
Pengendali Harimau Selatan, Esteban Solari mengakui ia adalah perlawanan yang sukar apabila ketinggalan 3 gol di separuh masa pertama.
“Ianya perlawanan yang sukar kerana kami bolos awal di separuh masa pertama. Kami tidak bermain mengikut apa yang dirancang. Kami menjaringkan gol di separuh masa kedua dan menguasai perlawanan namun gagal menambah gol,” katanya.
Kekalahan ini juga memberikan pengajaran yang berguna kepada JDT dan mereka tekad bangkit dalam perlawanan seterusnya di tempat sendiri.
“Saya belajar sesuatu daripada pihak lawan dari segi kekuatan mental. Kami mempunyai lebih satu pemain di atas padang dan mendominasi di separuh masa kedua.
“Saya rasa semua pengalaman ini akan membantu JDT mempamerkan prestasi lebih bagus dalam perlawanan akan datang.
“Saya tak rasa ianya sukar untuk melepasi peringkat kumpulan kerana kekalahan ini. Selepas ini, kami akan beraksi di halaman sendiri. Kami perlu menunjukkan persembahan yang lebih baik,” tambah Solari.
Kedudukan terkini dalam kumpulan I#ACL pic.twitter.com/UwK2MNjGpy
— VOCKET FC (@vocketfc) October 25, 2023
Kekalahan itu menyaksikan Harimau Selatan kini berada di tanggan ketiga dalam kumpulan I selepas mengutip 3 mata dalam 3 perlawanan yang diharungi.
JDT masih berpeluang mara ke pusingan 16 jika mereka tidak kalah dalam 3 perlawanan terakhir. Hanya dua pasukan teratas dalam kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.
Mereka dijadualkan bertemu Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim pada 7 November dan Kawasaki Frontale di Jepun pada 28 November sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan menentang BG Pathum United di halaman sendiri pada 12 Disember.