Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim, Esteban Solari menegaskan anak buahnya sudah bersedia untuk mengutip 3 mata penuh apabila bakal bertemu juara Liga Korea, Ulsan Hyundai FC pada aksi AFC Champions League (ACL) jam 6 petang ini.
Baca Juga:
- TMJ Tidak Menolak Kemungkinan Dion Cools Ke JDT
- ACL 2023/24: Ulsan Hyundai Terdesak Mahu 3 Mata Ke Atas JDT
- TMJ Alami Detik Cemas Insiden Tembakan Sebelum Aksi JDT-BG Pathum United
Prestasi Ulsan Hyundai tidak begitu bagus dalam 3 perlawanan akhir Liga Korea apabila mencatat 2 keputusan seri dan 1 kekalahan. Mereka juga tewas 0-1 kepada kelab Jepun, Kawasaki Frontale dalam perlawanan kedua ACL.
Manakala JDT kini berada di tangga kedua Kumpulan I selepas mengutip tiga mata apabila menang 4-2 ke atas BG Pathum United dari Thailand pada aksi 3 Oktober lalu dan tewas tipis 0-1 kepada Kawasaki Frontale pada 19 September lalu.
“Kami tahu Ulsan tidak berada dalam keadaan yang bagus dari segi psikologi. Ini peluang terbaik untuk mendapatkan keputusan yang baik.
“Kami masih menghormati mereka kerana memiliki pemain berkualiti. Namun, kami juga sudah bersedia untuk menentang mereka,” kata Esteban Solari dalam sidang media semalam.
Tahun lepas, Ulsan Hyundai tewas dua kali kepada JDT ketika saingan ACL dijalankan secara venue berpusat di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Bagaimanapun, rekod itu tidak boleh dijadikan ukuran kerana skuad kendalian Hong Myung-bo kali ini berbeza dan dibarisi ramai muka baharu
“Saya difahamkan Ulsan membawa masuk beberapa pemain muka baharu dan pastinya mereka akan tampil dengan corak permainan berbeza.
“Bagi saingan ACL, kami membuat persiapan sejak 10 bulan lalu termasuk aksi menentang kelab dari Korea Selatan.
“Jadi, kami bersedia berdepan Ulsan dengan membuat persiapan serius secara psikologi serta fizikal dan pemain tampak tidak berdepan masalah untuk beraksi.
“Tidak dinafikan Ulsan dibarisi pemain berkualiti dan ia bakal menjanjikan aksi berintensiti tinggi, sekali gus peluang terbaik kami beraksi dengan kualiti permainan terbaik bagi mengimbangi kekuatan lawan,” katanya.