Pengurus Besar BG Pathum United, Samai Seeyango menganggap mereka hanyalah pasukan kecil apabila diundi bersama 3 kelab gergasi di AFC Champions League (ACL) musim 2023/24.

Baca Juga:

Naib Juara Liga Thailand itu berada dalam Kumpulan I bersama-sama Kawasaki Frontale, Ulsan Hyundai dan wakil Malalaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Namun begitu, Samai menegaskan pihaknya tidak akan mudah menyerah kalah dan tekad mara lebih jauh dalam saingan ACL musim ini.

“Ini kumpulan yang sukar dan juga peluang terbaik kepada pemain kami untuk belajar dengan pasukan besar. Kami hanyalah pasukan kecil dan ianya satu cabaran untuk para pemain dan jurulatih.

“Kami akan mempelajari sesuatu dan melakukan yang terbaik walaupun tidak memiliki sebarang kelebihan,” katanya ketika ditanya oleh pihak media.

Perlawanan antara BG Pathum United menentang JDT bakal jadi tumpuan peminat bola sepak Asia Tenggara kerana ia ibarat pertemuan ‘el-klasiko’ yang melibatkan pasukan terbaik dari Thailand dan Malaysia.

Bagaimanapun, Samat berpendapat aksi menentang Kawasaki Frontale paling menjadi bualan peminat bola sepak di Thailand kerana mereka bakal menentang bekas kelab Chanathip Songkrasin.

Chanathip antara tonggak utama Kawasaki Frontale ketika membantu menewaskan JDT 5-0 dalam saingan ACL musim 2022 di Stadium Sultan Ibrahim.

Ketika itu perlawanan berlangsung secara venue berpusat bagi membendung penularan wabak COVID-19.

“Saya rasa para penyokong tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan bertemu Kawasaki Frontale kerana Chanathip pernah bermain dengan pasukan itu.” tambah Samai.

Perlawanan peringkat kumpulan dijadualkan berlangsung bermula 18 September 2023 hingga 13 Disember 2023. Setiap kelab akan beraksi dalam 6 perlawanan home dan away.

Hanya pasukan teratas kumpulan dan 3 tempat kedua terbaik kumpulan sahaja mara ke Pusingan 16 (kalah mati) yang turut dimainkan secara timbal balik.