Aksi pusingan kalah mati saingan AFC Champions League 2022 (ACL) diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang kelab gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds pada malam esok dijangka akan menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan.
Walaupun Urawa Red Diamonds mempunyai kelebihan beraksi di halaman sendiri serta pernah menjuarai ACL sebanyak dua kali namun mereka enggan memandang mudah terhadap cabaran pasukan dari Malaysia itu.
Pengendali kelab tersebut, Ricardo Rodriguez mengakui sangat terkejut dengan peningkatan mendadak JDT ketika menewaskan juara K-League, Ulsan Hyundai dan seri menentang Kawasaki Frontale sehingga muncul sebagai juara kumpulan.
“Johor telah meningkat dengan mendadak sejak 2015 serta mereka ada ramai pemain tempatan dan pemain import yang bagus. Saya jangka ini bukan perlawanan yang mudah.
“Mereka telah berjaya menewaskan pasukan terbaik dari Jepun dan Korea. Mereka ada potensi dan ini adalah pasukan berkualiti yang mempunyai kekuatan dari segi rembatan jarak jauh, sepakan percuma serta hantaran cantik daripada dua pemain terbaik
“Kami perlu meningkatkan lagi tahap permainan jika mahu menang,” katanya dalam sidang media.
Ricardo on JDT, “They won ACL group stage with Kawasaki and Ulsan Hyundai in the lead. They are a team with potential & it's a team that stands out especially for their mid-range shots quality, FKs & crosses from the two top players..” via AFC PC
📷: @REDSOFFICIAL pic.twitter.com/iFQg5VZLrZ
— JDT Fans (@JDTFCFans) August 18, 2022
Berdasarkan rekod, Urawa Red Diamonds mencatat dua kemenangan dalam saingan domestik sebelum aksi ACL menentang JDT.
Rodriguez mahu pasukannya menggunakan kelebihan bermain di hadapan ribuan penyokong sendiri dan tekad mara lebih jauh dalam saingan ACL.
“Sangat penting untuk kami tiba di sini (pusingan kalah mati ACL) dan sekarang kami perlu beraksi dengan lebih baik. Kami bermain di tempat sendiri dan perlu manfaatkannya memandangkan kualiti pasukan yang mara ke peringkat ini sangat tinggi,” jelasnya.
JDT dijadualkan menentang Urawa Red Diamonds pada pukul 7.00 malam waktu Malaysia. Kemenangan ke atas pasukan J-League itu akan menambahkan lagi mata ranking MA sekaligus mencipta sejarah baharu bola sepak negara.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
KL City Berpeluang Ke Final Antara Zon Jika Dinobatkan Juara Zon ASEAN Piala AFC
Benjamin Mora Calon Jurulatih Baharu Persib Bandung Dan Lion City Sailors?