Tugas sukar bakal menanti juara Liga Super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mereka bakal melayani kunjungan kelab Liga Korea 1 (K League 1), Suwon Bluewings FC pada aksi Kumpulan G AFC Champions League di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Setelah tewas 1-5 kepada kelab dari Jepun, Vissel Kobe pada aksi pertama bulan lalu, JDT mahu memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri dengan mengutip tiga mata penuh dan seterusnya memperbaiki kedudukan dalam kumpulan.

Ramalan kesebelasan utama skuad JDT

(Formasi 4-3-3)

jdt-01

Benjamin Mora dijangka akan mengekalkan kesebelasan utama yang sama ketika menentang Vissel Kobe tanpa kelibat pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi dan pemain baharu, Matthew Davies yang tidak sempat didaftarkan untuk aksi ACL.

Rangkaian serangan tiga serangkai yang diterajui Diogo Luis Santo, Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid akan dikekalkan untuk merobek gawang Suwong Bluewings.

Apapun, JDT mampu mengutip 3 mata berdasarkan pengalaman mereka menewaskan Kashima Antlers, 1-0 di Stadium Larkin pada musim lepas hasil jaringan daripada Syafiq Ahmad.

Ramalan kesebelasan utama skuad Suwon Bluewings

(Formasi 3-4-3)

SUWON-01

Kelab dari Korea Selatan itu memiliki reputasi tersendiri selepas memenangi Piala FA musim lalu dan pernah menjulang kejuaraan Liga Korea 1 pada musim 2008. Malah mereka juga tewas tipis 0-1 kepada Vissel Kobe pada aksi pertama yang menunjukkan pasukan itu bukanlah mudah untuk ditewaskan.

Suwon lebih gemar beraksi dengan corak permainan bertahan dan melakukan serangan balas dengan membentuk formasi 5-4-1 apabila bertahan dan kemudian menukar ke formasi 3-4-3 ketika menyerang malah sentiasa bergerak untuk membuka permainan.

Antara pemain yang perlu diambil perhatian ialah penyerang dari Serbia, Sulejman Krpic yang memiliki skil permainan yang baik. Malah, Yeom Ki Hun juga merupakan perancangan utama pasukan itu apabila kerap menggerakkan serangan selain kelibat dua pemain Australia (Terry Antonis dan Adam Taggart).

Katanya, selepas aksi menentang Vissel Kobe pada aksi 19 Februari lalu, pasukan itu tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif dan ia sekali gus memberi sedikit kelebihan kepada JDT dari segi tahap kecergasan.

Baca artikel lain untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pasukan JDT melalui pautan dibawah.

ACL 2020: Safawi Mahu Raih Kemenangan Pertama Di Stadium Sultan Ibrahim

Matthew Davies Mahu Cipta Impak Bersama Johor Darul Ta’zim

Gol Tandukan Mauricio Bawa JDT Cipta Rekod Kejuaraan Piala Sumbangsih 3 Kali Berturut-Turut