Juara Liga Super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya mengutip tiga mata penuh dalam saingan AFC Champions League 2020 selepas menewaskan kelab dari Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings dengan jaringan 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak hadir dengan mudah selepas mereka dipaksa bekerja keras sepanjang 90 minit dan lawan kerap memberi tekanan kepada benteng pertahanan lawan.

Skuad kendalian Benjamin Mora itu terlebih dahulu membuka akaun jaringan pada minit ke 11 hasil sepakan penalti daripada Gonzalo Cabrera selepas Diogo Luis Santo menerima terjahan keras daripada pemain pertahanan Suwon.

Namun begitu, jaringan itu tidak mematahkan semangat pemain Suwon untuk terus mengasak ke kubu tuan rumah dan mereka hampir mendapat gol penyamaan melalui rembatan Adam Tuggart tetapi tersasar. Keputusan 1-0 kekal hingga separuh masa pertama.

88189386_1612906548872638_4286387811063431168_o
FOTO: JST

Memasuki babak kedua, Suwon kali ini memasukkan pemain skuad kebangsaan Australia, Terry Antonis untuk mengerakkan jentera tengah dan peluang keemasan hadir pada minit ke 46 tetapi tandukan Tuggart tepat ke dakapan Farizal.

Usaha Suwon melancarkan serangan bertubi-tubi akhirnya membuahkan hasil apabila Antonis menjaringkan gol penyamaan melalui rembatan cantik dari luar kotak penalti yang hanya mampu dilihat oleh Farizal Marlias.

Tersentak dengan jaringan tersebut, JDT cuba bangkit memperkemaskan corak permainan dan mereka memperolehi deretan peluang keemasan namun gagal disudahkan oleh Diogo dan Safawi Rashid.

20 minit kemudian, Stadium Sultan Ibrahim kembali bergegar dengan sorakan penyokong selepas Mauricio Dos Santos menanduk masuk jaringan kedua selepas menerima hantaran cantik daripada Nazmi Faiz.

Keputusan 2-1 itu kekal hingga tamat permainan untuk menyaksikan JDT kini menghuni tangga kedua di belakang Vissel Kobe dalam saingan kumpulan G.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan AFC Champions League melalui pautan dibawah.

ACL 2020: Safawi Mahu Raih Kemenangan Pertama Di Stadium Sultan Ibrahim

Ini Sebab Mengapa Liridon Krasniqi Tiada Dalam Skuad JDT Di AFC Champions League Kecuali..

FC Goa Cipta Sejarah Sebagai Kelab India Yang Pertama Beraksi Dalam Saingan AFC Champions League