Pasukan UiTM FC semakin hampir untuk mendapatkan khidmat penyerang skuad kebangsaan Lubnan, Abou Bakr Al-Mel bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana selain semakin hampir mendapatkan khidmat Abou Bakr, UiTM juga bakal mendapat khidmat penyerang dari Ghana, Nana Poku.
Now that Abou Bakr Mel is close to signing with UiTM, the club looks set to seal another deal. Last year, it was the Brazilian samba of Gustavo. This year, they will have the Azonto moves of Nana Poku. #MFLTransfer2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) December 24, 2020
Abou Bakr mempunyai pengalaman beraksi di Liga Malaysia selain menjadi sebutan ketika beliau menyarung jersi pasukan Kelantan pada musim 2017 lalu.
Beliau menjadi sebutan bukan kerana prestasi di atas padang sebaliknya kerana tunggakan gaji pemain tersebut yang baru-baru ini berjaya diselesaikan oleh pasukan Kelantan setelah tertunggak selama tiga tahun.
Kelantan FC menerusi Penasihat Undang-Undang pasukan, Shairuz Sheffie berkata sejumlah RM969,283 sudah dibayar kepada pemain itu, dalam dua kali pembayaran iaitu pada 15 Oktober dan 17 Disember lepas.
Selain melunaskan hutang kepada Abou Bakr Al-Mel, Kelantan turut menyelesaikan hutang terhadap seorang lagi bekas pemain import, Cassio De Jesus dan bekas ketua jurulatih pasukan, Mario Kraljevic.
UiTM kehilangan beberapa pemain tonggak yang beraksi bersama pasukan musim 2020 dimana Rabih Ataya telah menyertai pasukan Kedah manakala Gustavo Almeida bakal menyertai pasukan dari selatan tanah air.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Media Indonesia Jelaskan Syahrian Abimanyu Mungkin Dipinjamkan Ke Kelab Divisyen 2 Sepanyol
Romel Morales Tiada Dalam Perancangan Melaka United Musim Hadapan