Pemain import Melaka United dari Colombia, Romel Morales dikhabarkan tiada dalam perancangan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Melaka membuat membuat kejutan apabila sebelum ini, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu dikatakan menyenaraikan Romel bagi membawa cabaran Melaka musim hadapan.
Melaka buat keputusan mengejut apabila difahamkan tidak mengekalkan calon pemain naturalisasi negara Romel Morales yang sebelum ini berada dalam perancangan pasukan untuk saingan musim depan.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 23, 2020
Romel Morales menyertai Melaka United bermula pada awal musim ini namun beliau tidak mempunyai peluang yang cukup untuk menampilkan prestasi sebenar ekoran liga domestik yang dipendekkan kerana pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara ketika ini.
Pemain berusia 23 tahun ini membuat 10 penampilan bersama Melaka sepanjang musim 2020 dan beliau berjaya menjaringkan 3 gol dalam saingan Liga Super.
Sebelumnya, Romel beraksi bersama PKNS FC atau yang kini lebih dikenali dengan nama Selangor 2 sepanjang dua musim iaitu pada 2018 hingga 2019 di bawah bimbingan Datuk K.Rajagobal.
Ekoran prestasi yang memberangsangkan bersama PKNS, Romel menjadi antara pemain yang dicalonkan sebagai pemain naturalisasi negara selepas Mohamadou Sumareh.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Format Terbaharu Liga M3 Bakal Membenarkan 24 Pasukan Menyertai Musim 2021
RASMI: JDT Sah Ikat ‘Ubi’ Muda Berusia 21 Tahun Dari Indonesia, Syahrian Abimanyu