Baru-baru ini, juara Liga Super musim 2020, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan mereka telah berjaya mendapatkan khidmat pemain muda Indonesia, Syahrian Abimanyu yang sebelum ini beraksi bersama kelab Liga 1, Madura United.
Baru sahaja diumumkan sebagai pemain baharu pasukan, pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyatakan Syahrian tidak akan beraksi bersama JDT sebaliknya akan dipinjamkan ke kelab luar negara.
“(Syahrian) bukan bermain bersama JDT II. Akan dipinjamkan ke kelab luar negara dan akan beraksi di liga lain,” kata TMJ.
Walaubagaimanapun, TMJ tidak mendedahkan kelab dan juga liga luar negara mana yang akan menjadi destinasi pemain berusia 21 tahun itu musim hadapan.
Syahrian Abimanyu dibawa masuk kerana pemain itu akan menjadi sebahagian daripada projek jangka masa panjang JDT selain mahu menarik penyokong dari Indonesia bagi mengikuti perkembangan skuad Harimau Selatan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
RASMI: JDT Sah Ikat ‘Ubi’ Muda Berusia 21 Tahun Dari Indonesia, Syahrian Abimanyu
Hantharwady United Umumkan Hein Htet Aung Sertai Pasukan Di Selangor Musim 2021?