Pasukan Perak sudah memulakan persiapan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan dimana mereka mengumumkan beberapa pemain utama kekal bersama pasukan.
Baru-baru ini, Perak menerusi laman media sosial rasmi pasukan mengumumkan penyerang import, Guilherme de Paula kekal bersama skuad The Boss Gaurus sekaligus terus mengemudi jentera serangan musim hadapan.
DE PAULA STAYS WITH PERAK!
Penyerang kelahiran Brazil ini masih lagi berbakti bersama skuad The Bos Gaurus bagi saingan musim 2021!
De Paula berjaya menghasilkan 3 ‘assist’ serta 3 gol ketika aksi bersama pasukan Perak musim ini. pic.twitter.com/24kWN35CW4
— Perak FC (@peraktbgmy) December 22, 2020
Sebelum ini skuad kendalian Mehmet Durakovic dilaporkan mencari pemain import baharu dimana nama penyerang Kedah, Kipre Tchetche dikaitkan dengan pasukan tersebut.
Namun, usaha untuk membawa Kipre tidak kesampaian manakala penjaring terbanyak pemain tempatan dalam saingan Liga Super, Shahrel Fikri telah menyertai Selangor, maka juara Piala Malaysia 2018 itu memutuskan untuk mengekalkan khidmat Guilherme de Paula.
Selain mengekalkan de Paula, Perak juga memberikan kontrak lanjutan kepada pemain import lain seperti Leandro Dos Santos serta Careca.
SHAHRUL SAAD IS STILL A YOB!
Sah! Ketua pasukan, Shahrul Saad memberikan komitmen bersama pasukan Perak FC bagi saingan Liga Super Malaysia 2021.
Shahrul telah bersama skuad utama The Bos Gaurus selama 5 musim sejak tahun 2016. pic.twitter.com/pfx6zVwFyu
— Perak FC (@peraktbgmy) December 18, 2020
Bagi pemain tempatan pula, Perak berjaya mengekalkan pemain seperti ketua pasukan, Shahrul Saad, Nazirul Naim, Amirul Azhan, Hafizul Hakim dan Firdaus Saiyadi.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Hantharwady United Umumkan Hein Htet Aung Sertai Pasukan Di Selangor Musim 2021?
Nafuzi Zain Bangga Tercalon Bagi Anugerah Jurulatih Terbaik ABK 2020