Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE FA) pada hari isnin lepas mengumumkan penamatan kontrak dengan Ketua jurulatih, Ivan Jovanovic berkuatkuasa serta-merta walaupun baru dilantik pada bulan disember 2019.
Pengendali dari Serbia itu sebelum ini dibawa masuk bagi menggantikan tempat Bert Van Marwijk yang dipecat selepas dimalukan oleh Qatar dalam kejohanan Gulf Cup 2019.
Pihak UAE FA membuat keputusan itu selepas merasakan Jovanovic masih tidak mencapai Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sepanjang mengendalikan latihan pasukan kebangsaan.
Malah, beliau juga tidak sempat mengendalikan skuad UAE dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia dan Indonesia pada bulan lepas kerana ditangguhkan susulan penularan wabak COVID-19.
Terdapat laporan media di negara tersebut mengatakan ketua jurulatih kelab Sharjah FC, Abdulaziz Al Anbari disebut-sebut sebagai calon utama bagi menggantikan tempat Jovanovic sebagai pengendali skuad kebangsaan.
Bagaimanapun, Sharjah FC mengeluarkan kenyataan rasmi di laman twitter menafikan laporan tersebut sambil menegaskan jurulatih yang berusia 42 tahun itu tidak menerima apa-apa panggilan daripada UAE FA.
ينفي نادي الشارقة لكرة القدم صحة الأنباء المتداولة عن إنهاء تعاقده مع مدرب الفريق الأول عبدالعزيز العنبري pic.twitter.com/kf7YodDEQ5
— نادي الشارقة لكرة القدم (@SharjahFC) April 6, 2020
“Kelab Bola Sepak Sharjah menafikan kesahihan laporan media mengenai penamatan kontrak dengan jurulatih pasukan utama, Abdulaziz Al Anbari yang mengaitkannya dengan jawatan pengendali skuad kebangsaan,” kata kenyataan itu.
Abdulaziz merupakan antara jurulatih terbaik di negara tersebut dan musim lepas beliau membawa Sharjah FC menamatkan penantian selama 23 tahun sebagai Juara UAE Pro League.
Ketika zamannya sebagai pemain, beliau pernah membantu UAE bergelar sebagai naib juara Piala Asia pada tahun 1996.
Abdulaziz Al Anbari reveals reasons behind @SharjahFC #AGLeague title success after being named coach of the year at #AgleagueAwards | @_JMcAuley https://t.co/Rt9NoBkBrX pic.twitter.com/FbCkT3Usb4
— The National Sport (@NatSportUAE) May 18, 2019
UAE FA kini terdesak untuk memilih barisan jurulatih yang terbaik supaya tidak terlepas sasaran untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.
Dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, UAE berada di kedudukan keempat kumpulan G dengan 6 mata selepas mengharungi 4 perlawanan. Prestasi mereka ketika dibawah bimbingan Van Marwijk tidak begitu memuaskan apabila tewas kepada dua pasukan Asean, Vietnam dan Thailand.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak UAE yang dilaporkan sebelum ini.
Prestasi Buruk Tewas 4 Dari 5 Perlawanan Terakhir, UAE Pecat Ketua Jurulatih Bert Van Marwijk
UAE Guna ‘Drone’ Untuk Pantau Sesi Latihan Menjelang Pertemuan Dengan Malaysia
Bert van Marwijk: Malaysia Miliki Pemain Yang Pantas Dan Kemahiran Teknikal Yang Baik