Uruguay berjaya meneruskan cabaran mereka ke pusingan suku akhir selepas berjaya menyingkirkan Portugal diperingkat kalah mati 16 pasukan.
2 gol hasil jaringan hebat El Matador, Edinson Cavani meletakkan Uruguay dihadapan Portugal walaupun cuba ditandingi oleh Pepe yang menjaringkan gol penyamaan.
Dalam artikel ini, disenaraikan beberapa rekod serta fakta mengenai prestasi Uruguay sehingga mereka layak ke suku akhir Piala Dunia Russia 2018 bertemu Perancis.
Menang 4 Perlawanan Pertama Berturut-turut, Kali Pertama Sejak 1930
Uruguay berjaya mengulangi rekod yang pernah mereka lalukan 88 tahun yang lalu, apabila menang kesemua 4 perlawanan pertama di Piala Dunia.
Pada 1930, mereka menang keatas Peru 1-0, Romania 4-1 diperingkat kumpulan.
Manakala diperingkat separuh akhir pula Uruguay membelasah Yugoslavia 6-1 dan di perlawanan akhir pula mereka membenam Argentina 4-2 seterusnya menjulang kejuaraan Piala Dunia 1930.
#URU have won their first four games of a #WorldCup for the first time since 1930, when they went on to win the first edition of the tournament.
They'll be partying in the streets of Montevideo tonight. 🎉 pic.twitter.com/EUhUQwXxm7
— Squawka (@Squawka) June 30, 2018
Layak Ke Suku Akhir Piala Dunia Buat Kali Pertama Sejak 1966
Dalam kesemua kejohanan Piala Dunia yang berlansung di bumi Eropah, ini adalah kali pertama pasukan Uruguay berjaya menerobos sehingga ke peringkat suku akhir sejak 1966.
Pada edisi Piala Dunia 1966, Uruguay bertemu pasukan Jerman dan dibelasah 4 gol tanpa balas, 2 daripada gol itu adalah jaringan Franz Beckenbauer.
Nota: Uruguay layak ke peringkat suku akhir pada edisi 2010 jika dikira secara keseluruhannya.
Shots: 5-19
Possession: 34%-66%
Chances created: 3-15
Pass accuracy: 67%-86%Uruguay progress to the quarter-finals of a European #WorldCup for the first time since 1966. ⏩ pic.twitter.com/LlKFUXFgUK
— Squawka (@Squawka) June 30, 2018
Kemenangan Pertama Dalam Tempoh 64 Keatas Pasukan Eropah
Kemenangan 2-1 keatas Portugal itu juga bermakna rekod selama 64 tahun yang lalu berjaya diulangi.
Ini adalah kemenangan pertama Uruguay keatas pasukan dari Eropah dibumi Eropah dalam pusingan kalah mati Piala Dunia.
Kali terakhir mereka melakukannya adalah pada edisi 1954 ketika menewaskan England 4-2.
#URU's record vs. European teams on European soil at the #WorldCup knockout stages:
WLLLLW
Their first win in 64 years. 📈 pic.twitter.com/dhjpez6OvT
— Squawka (@Squawka) June 30, 2018
597 Minit Tidak Bolos, Gol Pepe Hentikan Rekod Uruguay
Gol jaringan Pepe pada separuh masa kedua perlawanan mengakhiri rekod tanpa bolos Uruguay selama 597 minit.
Kali terakhir mereka bolos adalah ketika tewas 1-2 bertemu Austria pada bulan November 2017, dan gol tunggal Uruguay dijaringkan oleh Edinson Cavani.
597 – Pepe's goal for Portugal ended Uruguay's run of 597 minutes without conceding a single goal, with the previous being conceded back in November 2017 vs Austria. Breached. #WorldCup #URUPOR #POR #URU
— OptaJoe (@OptaJoe) June 30, 2018
27% Dari 44 Gol Edinson Cavani Hasil Bantuan Luis Suarez
Menurut rekod Opta, Luis Suarez telah membuat bantuan gol kepada Edinson Cavani sebanyak 12 kali dari 44 gol keseluruhan yang dijaringkan.
Ini bermakna Suarez telah menyumbang 27% bantuan gol kepada EL Matador dan membuktikan gandingan kedua-dua pemain ini cukup mantap.
12 – Luis Suárez has now provided the assist for 12 of Edinson Cavani's 44 goals for Uruguay (27%). Partners. (via @OptaJavier).#URUPOR #URU #WorldCup pic.twitter.com/QlSS7CEFO9
— OptaJoe (@OptaJoe) June 30, 2018
2 Pemain Sahaja Pernah Menjaringkan 2 Gol Di Peringkat Kalah Mati Piala Dunia
Sejak tahun 1954, hanya ada 2 orang pemain Uruguay sahaja yang pernah mencatatkan 2 jaringan diperingkat kalah mati.
- Luis Suarez: 2 gol pada Piala Dunia edisi 2010 ketika menewaskan Korea Selatan 2-1.
- Edinson Cavani: 2 gol pada edisi 2018 ketika menewaskan Portugal 2-1.
2 – Since 1954, there have only been two players to score a brace for Uruguay in a World Cup knockout game:
Luis Suárez in 2010
Edinson Cavani in 2018
Duo. pic.twitter.com/rII2CV8ppI— OptaJohan (@OptaJohan) June 30, 2018
Gol Edinson Cavani Ke 2 Paling Awal Uruguay Di Piala Dunia
Gol pertama Edinson Cavani ketika bertemu Portugal pada minit ke 7 merupakan gol ke 2 paling awal pernah dilakukan oleh pemain-pemain Uruguay di Piala Dunia.
Gol paling awal Uruguay di Piala Dunia masih lagi kekal milik Antonio Alzamendi yang dilakukan pada Piala Dunia edisi 1986 ketika seri 1-1 bertemu Jerman.
6:45 – Edinson Cavani's goal in the seventh minute was the earliest Uruguay goal in a World Cup match since Antonio Alzamendi in 1986 (4th minute, v Germany). Intent. pic.twitter.com/j7azLGqfgB
— OptaJohan (@OptaJohan) June 30, 2018
Perlawanan Piala Dunia Ke 19 Dibawah Jurulatih Oscar Washington
Oscar Washington Tabarez telah mengendalikan skuad La Celeste sebanyak 19 kali termasuk perlawanan bertemu Portugal, dipentas Piala Dunia sejak edisi 1990.
Pertemuan dengan Perancis diperingkat suku akhir nanti akan membolehkan El Maestro, menyamai rekod Mario Zagallo yang mengendalikan pasukan Brazil dipentas Piala Dunia sebanyak 20 kali.
Namun rekod paling banyak masih dipegang oleh jurulatih Jerman, Helmut Schon dengan catatan 25 perlawanan di Piala Dunia.
Nota: Rekod ini adalah untuk seorang jurulatih yang mengendali sebuah negara sahaja.
19 – This will be Óscar Washington #Tabárez's 19th #WorldCup game as #URU coach; only Helmut Schön🇩🇪 (25) and Mário Zagallo🇧🇷 (20) have managed more WC games for a single national team. Teacher. https://t.co/KzkZtjwH98
— OptaJavier (@OptaJavier) June 30, 2018