Enam pemain muda negara akan berguru di Jepun bermula September ini secara berperingkat atau fasa.
Kerjasama itu dimeterai ketika delegasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diketuai Presidennya, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang mengadakan perbincangan dua hala dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) selama lima hari di Tokyo bermula 26 Ogos lalu.
Kunjungan itu adalah susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 5 April lalu.
Empat pemain – Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Firdaus Kaironnisam, Harith Haiqal Adam Afkar dan Ali Imran Sukari akan menimba ilmu dengan Cerezo Osaka dari 3 hingga 13 September 2019.
Manakala, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan Ahmad Zikri Mohd Khalili bersama Luqman sekali lagi akan ke JFA Academy dan FC Tokyo pada Oktober depan.
Nama-nama ini dipilih selepas saringan berdasarkan prestasi pemain yang dipantau FAM, Akademi Mokhtar Dahari dan Pengurusan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).
Penempatan pemain berkenaan di negara matahari terbit ini bertujuan memberi pendedahan, pengalaman dan peluang untuk mereka membiasakan diri dengan corak latihan dan permainan, serta cara hidup di sana jika mereka terpilih atau berpeluang untuk beraksi di Liga Jepun pada masa akan datang.
Hong Kong Atur Perlawanan Persahabatan Menentang Malaysia Pada Bulan Oktober
Peter De Roo: Luqman Hakim Masih Belum Bersedia Sarung Jersi Senior Skuad Kebangsaan Malaysia