Jika sebelum ini kita mendengar bahawa ada 12 pasukan cuba menubuhkan liga sendiri dan membentuk Liga Super Eropah. Ini kerana UEFA dikatakan korup dan tidak transparen dalam isu kewangan.
Di Brazil, konteksnya sedikit berbeza namun kisahnya hampir sama. 19 pasukan dalam Serie A Brazil dikatakan tidak berpuas hati dengan badan pentadbir liga dan juga CBF yang dianggap pilih kasih kepada Flamengo.
Selain itu Flamengo juga dikatakan kerapkali mendapat keistimewaan kerana disokong presiden Brazil, Jair Bolsanaro.
Flamengo kini merupakan kelab paling berpengaruh di Brazil. Mereka bertindak menayangkan sendiri perlawanan siaran langsung Flamengo vs Fluminese dalam aksi Copa Rio.
Ianya menimbulkan konflik dari kalangan semua pasukan lain.
19 pasukan di bawah gagasan Serie A bertindak mengundi untuk membentuk liga baharu yang tanpa Flamengo. Usul itu sudah dibawa ke STJD (Superior Court of Sports Justice).
19 pasukan tersebut tak berpuas hati dengan beberapa tindak tanduk Flamengo yang dianggap mementingkan diri sendiri. Namun seringkali terlepas hukuman.
Ramai yang mempertikaikan layanan yang dianggap pilih kasih ke atas Flamengo.
Usul tersebut walaubagaimanapun ditolak oleh Serie A buat masa ini. Dengan menyatakan bahawa, adalah mustahil untuk mengadakan liga dengan menyingkirkan nama Flamengo yang merupakan salah satu pasukan penyumbang kepada Serie A dari segi penyiaran dan publisiti.
Buat masa ini, usaha itu hanya dari kalangan pasukan di Serie A. Namun sudah ada desas desus menyatakan bahawa usul itu akan dibincangkan dengan pasukan Serie B.
Tindakan Flamengo menayangkan siaran langsung di platform mereka sendiri, terang terang melanggar syarat perjanjian dengan penaja penyiara di mana pasukan tersebut seharusnya patuh kepada penyiar rasmi.
Kelab kelab di Serie A meminta CBF lebih tegas dalam menangani isu ini. Dan berpendapat, pengaruh kuat Flamengo sentiasa membuatkan pengendali liga dan CBF gentar untuk mengambil tindakan ke atas kelab tersebut.
Semalam, Presiden Gremio menyatakan bahawa pasukan mereka akan memboikot Flamengo kerana tindakan mementingkan diri sendiri mereka dalam banyak perkara termasuk isu SOP ketika pandemik.
Flamengo é um clube que não respeita o companheiro': Dirigente do Grêmio detona postura da diretoria rubro-negra https://t.co/EXUXD0Znem
— SportsCenter Brasil (@SportsCenterBR) September 8, 2021
Gremio meminta campur tangan CBF untuk menyingkirkan Flamengo daripada Copa Rio.
Grêmio espera que a CBF exclua o Flamengo da Copa do Brasil caso tenha público no jogo de volta, no Maracanã.
Rubro-Negro já iniciou a venda de ingressos para a partida.
🗞 O Globo
📸 Alexandre Vidal pic.twitter.com/D6lpKFQLaY— Planeta do Futebol 🌎 (@futebol_info) September 10, 2021
Gremio tak berpuas hati kerana Flamengo dilaporkan sudah menjual tiket kepada penyokong mereka. Sedangkan Liga Brazil melarang kehadiran penyokong ke stadium.
Flamengo kemudian mengumumkan bahawa perlawanan antara Gremio dan Flamengo di Maracana merupakan ‘test event’ untuk menguji keberkesanan vaksin kepada penyokong yang hadir ke stadium.
VENDAS ABERTAS!
Contamos com você no jogo de volta das quartas de final da Copa do Brasil, entre Flamengo e Grêmio! 🔴⚫
Veja o calendário de aberturas por plano e compre seu ingresso para o primeiro jogo com público no Maraca em https://t.co/khex1mAZ6i pic.twitter.com/XYx2xhW4wa
— Nação Sócio-Torcedor (@NacaoCRF) September 10, 2021
Brazil ketika ini sangat ketat dalam peraturan covid. Misalnya Anvisa sebelum ini mengarahkan pemain pemain Argentina keluar dari padang selepas didapati ada pelanggaran SOP kuarantin.
Baca juga artikel
Odegaard Sertai Arsenal Untuk Menang UCL, EPL Dan Trofi Lain
Barcelona Masih Berhutang £1.16B Walaupun Sudah Melepaskan Messi, Griezmann Dan Ramai Lagi
Messi Kini Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Amerika Selatan, Atasi Pele