Berita tak enak dari kem Arsenal apabila William Saliba dan Zinchenko disahkan tersisih kerana kecederaan. Dan tempoh kedua dua pemain berehat adalah sehingga akhir musim ini.

Arsenal mulai bergelut dan dipintas oleh Man City selepas mereka kehilangan Saliba sebelum ini kerana kecederaan.

Dan keadaan lebih memeningkan kepala Mikel Arteta kerana Zinchenko turut menyertai pemain itu di bilik rawatan. Apabila pemain antarabangsa Ukraine itu megalami kecederaan ketika berdepan Newcastle.

Walaupun disahkan tersisih sehingga akhir musim namun sedikit kelegaan apabila kecederaan Saliba dan Zinchenko tidak memerlukan kedua dua pemain masuk ke bilik pembedahan.

Saliba zinchenko

Perkara itu disahkan sendiri oleh koresponden paling dipercayai peminat Arsenal iaitu David Ornstein yang diibaratkan Fabrizio Romano versi berita Arsenal.

Mikel Arteta kini bergantung kepada Kieran Tierney untuk mengisi tempat Zinchenko.

Dari segi aspek pertahanan, Tierney seringkali dianggap lebih baik. Namun apabila bercakap soal sistem secara keseluruhan, Zinchenko adalah pemain yang lebih penting untuk Arteta.

Ini kerana pemain itu memahami kehendak Arteta untuk bermain sistem false fullback.

Sementara di bek tengah, sejak kehilangan Saliba, Arsenal memiliki opsyen menggunakan Rob Holding ataupun Ben White untuk dipasangkan dengan Gabriel Maghalhaes.

Arsenal masih berusaha untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini. Mereka hanya 1 mata di belakang Man City. Namun City masih ada baki 1 perlawanan dalam tangan berbanding The Gunners.

Arteta sudah berikrar bahawa mereka akan berjuang sehingga ke garisan penamat. Dan kekal optimis bahawa pasukannya akan memenangi EPL musim ini.