Bekas ketua pasukan skuad kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak kembali memperkuatkan jentera serangan pasukan Negeri Sembilan bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Zaquan turut dilantik sebagai ketua pasukan bermula musim 2021.
Negeri Sembilan FC sahkan kehadiran Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai penyerang baru pasukan itu dan bakal dilantik sebagai kapten untuk saingan musim depan.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 16, 2020
Zaquan memulakan karier bola sepak profesional bersama Negeri Sembilan dimana beliau bermula bersama skuad Sukma negeri tersebut.
Kembar kepada Aidil Zafuan itu memenangi pingat emas Sukma 2004 dan seterusnya membantu skuad Hobin Jang Hobin memenangi trofi Liga Super pada musim 2005/2006.
Zaquan terus memainkan peranan besar dalam zaman kegemilangan Negeri Sembilan dimana selain memenangi Liga Super, beliau membantu pasukan itu memenangi Piala Malaysia pada 2009 dan 2011 serta Piala FA pada 2010.
Kecemerlangan Zaquan bersama Negeri Sembilan turut membantu beliau memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik bagi musim 2006/2007 selain memenangi saingan Pesta Bola Merdeka pada 2007 dan pingat emas Sukan SEA 2009.
Bagi menghadapi saingan musim 2021, Negeri Sembilan bakal dikendalikan oleh K.Devan yang juga kembali mengendalikan pasukan sebanyak dua kali sebelum ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
MFL Cadangkan Kemasukan Penyokong Ke Stadium Secara Berskala
KFA Perkenalkan Logo Baharu Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman
Khalid Ali: “Yusri Che Lah Tak Layak, Kemana Hala Tuju Skuad Projek FAM-MSN Ini?”