Pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman atau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham kembali memberi amaran terhadap pengelola liga, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenai hak pasukan itu yang masih belum dibayar.
Berdasarkan tinjauan di laman media sosial Facebook beliau, Norizam mempersoalkan tindakan MFL yang meminta yuran pendaftaran yang berjumlah RM25 Ribu. Namun, MFL sehingga kini belum menyerahkan bayaran tuntutan pengadil.
Selain itu, Norizam turut mempersoalkan mengenai bayaran hak penyiaran bagi saingan musim 2020 yang masih belum dijelaskan oleh MFL sehingga kini.
Menurut beliau, demand letter sudah dihantar kepada pengelola Liga Malaysia itu menerusi peguamcara pasukan dan ketika ini pihaknya masih menunggu pembayaran.
Akhir sekali, Zamsaham memberi amaran agar tidak membuli pasukannya dan menggesa agar MFL segera menjelaskan apa yang sudah menjadi hak pasukan Kelantan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Melaka United Dikaitkan Dengan Bekas Penyerang Liga 1 Indonesia
Terikat Dengan Syarat Persib Bandung, Febri Hariyadi Tak Jadi Beraksi Dalam Liga Malaysia 2021