Pemain tengah skuad kebangsaan Indonesia, Stefano Lilipaly berada dalam senarai pendek calon pemain import yang mahu dibawa masuk oleh Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam namun Lilipaly mungkin tidak akan dipilih kerana menurut beliau, Pahang kini lebih fokus untuk mencari penyerang.
Pemain kebangsaan Indonesia Stefano Lilipaly berada dalam senarai pendek calon import Pahang, namun mungkin tidak dipilih berdasarkan keperluan posisi pasukan yang memerlukan penyerang tulen dan pertahanan bagi mengisi baki kuota pemain import.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 16, 2021
Stefano sebelum ini pernah dikaitkan dengan pasukan Kedah Darul Aman (KDA) namun salah satu sumber dalaman kelab memberitahu pihaknya tidak berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kelahiran Belanda itu.
Lilipaly merupakan salah satu pemain terbaik yang dimiliki oleh Indonesia saat ini dimana beliau sentiasa membarisi kesebelasan utama skuad kebangsaan selain pernah memenangi saingan Liga 1 Indonesia sebelum ini.
Pada musim 2019, Lilipaly membantu Bali United muncul juara Liga 1 dimana skuad bimbingan Stefano Cugurra Teco itu menamatkan saingan dengan kelebihan 10 mata dihadapan Persebaya Surabaya.
Bersama skuad Garuda, Lilipaly pernah membantu pasukan itu mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki pada edisi 2016. Namun Indonesia sekali lagi gagal muncul juara selepas tewas kepada Thailand.
Liga 1 masih belum jelas bila akan dilangsungkan semula setelah berehat lama ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Melaka United Dikaitkan Dengan Bekas Penyerang Liga 1 Indonesia
Terikat Dengan Syarat Persib Bandung, Febri Hariyadi Tak Jadi Beraksi Dalam Liga Malaysia 2021
Enam Pasukan Diberikan Lesen Kelab Kebangsaan Kecuali UKM FC