Pemilik pasukan Kelantan FC, ZamSaham dalam satu kemaskini kini dilaman sosial Facebook semalam mendedahkan bahawa kelab itu sudah pun melengkapkan kuota import mereka bagi aksi musim 2021.
Sekeping gambar yang dimuat naik semalam menunjukkan seorang pemain dari Indonesia yang kelihatan sedang menandatangani dokumen yang berkemungkinan perjanjian untuk bersama pasukan Kelantan FC.
Selain itu, ZamSaham juga turut menyatakan bahawa 3 lagi pemain import Kelantan FC musim 2021 adalah dari 3 buah negara eropah iaitu Greece, England dan Sepanyol.
Setakat ini masih tiada sebarang hint mengenai siapakah pemain dari Indonesia itu namun beberapa individu dari negara itu memberikan tekaan bahawa berkemungkinan pemain pertahanan dari Madura United iaitu Risna Prahalabenta yang beraksi diposisi pertahanan pemain dalam gambar tersebut.
Risna Prahalabenta Ranggalelana, memiliki ketinggian 1.79 m berusia 23 tahun berasal dari Kediri merupakan pemain kelab Persik Kediri sebelum berhijrah ke Madura United musim 2020 yang lalu.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
Pemain Pertahanan Import Kelantan United FC Bawa Pengalaman Beraksi 7,013 Minit Dalam J3 League
Masashi Motoyama Berlepas Dari Jepun Hari Ini, Pakai Jersi No.10 Kelantan United Musim 2021
Lelaki Poland Ini ‘Exchange’ Jersi AS Roma Dengan Rakannya Untuk Miliki Jersi Selangor Musim 2013