Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman ataupun Zamsaham menjawab beberapa persoalan tentang pasukannya termasuk perlantikan Frank Bernhardt.
Baca Juga:
- Zamsaham Sedia Lepaskan Kelantan FC Kepada Pemilik Baharu
- Peminat TRW Kelantan Lancarkan Protes, ‘Kelab Ini Bukan Jual Kopi Dan Burger’
- RASMI: Kelantan Lantik Frank Bernhardt Sebagai Ketua Jurulatih
Zamsaham menyatakan bahawa dia melakukan perubahan dalam struktur kejurulatihan sebagai tanda dia sayangkan bola sepak Kelantan.
Dalam wawancara khas beliau semalam, Zamsaham berkata dia tak akan hanya berdiam diri atau buat bodoh jika Kelantan berdepan dengan krisis prestasi seperti yang mereka sedang alami.
Dia mengakui dia tidak begitu gembira dengan prestasi semasa pasukan Kelantan.
Itulah sebab beliau memecat Choi Moon Sik. Dan mengakui menggunakan istilah ‘rehatkan’ sebagai bahasa berlapik agar tidak terlalu keras bunyinya.
Ditanya tentang perlantikan Bernhardt, Zamsaham menegaskan bahawa, pemilihan jurulatih itu kerana yakin dengan pengalamannya dan prestasi dia di UiTMFC.
“Saya beritahu Frank Benhardt: ‘Saya tahu prestasi kamu dekat UiTMFC, kamu adalah jurulatih profesional, jadi saya harap kamu capai sasaran KPI kita tahun ini.”
“Kalau tak capai, kita akan tukar [jurulatih lagi]. Takkanlah kita nak buat bodoh sahaja kalau dia tak capai sasaran ditetapkan.”
“Tetapi dalam kontrak beliau [Berhardt], kalau dia kalah 5 kali, maka kita akan tukar.”
Zamsaham mengakui bahawa persetujuan tentang perkara itu sudah dicapai dengan Frank Bernhardt.
Sambil menegaskan, tidak mungkin harus menunggu sampai kalah 10 kali baru nak tukar jurulatih kerana itu akan membuatkan sepanduk bantahan dengan ada namanya di situ akan lebih besar.
Bercakap tentang konflik dengan Choi Moon Sik, Zamsaham mendedahkan bahawa jurulatih itu seorang yang culas membuat laporan prestasi dan data statistik untuk dihantar kepadanya.
Dia sendiri hairan apabila pengendali asal Korea Selatan itu menyatakan bahawa laporan adalah tidak penting.
“Saya rasa mana mana orang yang berkerja di dunia ini, perlu menghantar laporan kepada pengurusan, untuk disimpan sebagai rekod [filing] untuk penilaian penilaian seterusnya,” tegas pemilik Kelantan FC itu.
Beliau pada masa yang sama menyatakan sedia melepaskan Kelantan FC jika ada pihak yang benar benar berminat dan merasakan diri mereka serius mahu membangunkan bola sepak Kelantan dan melabur dalam kelab itu.
Zamsaham Sedia Lepaskan Kelantan FC Kepada Pemilik Baharuhttps://t.co/oBEUU8xJG7 pic.twitter.com/xlVsoWv85X
— VOCKET FC (@vocketfc) April 10, 2023
Ianya sebagai tanda sayang beliau kepada bola sepak Kelantan.