Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham memberi bayangan bahawa beberapa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menyertai pasukannya.

Baca Juga:

Baru-baru ini, Zamsaham pergi menghadap pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dimana baginda memberikan hadiah berupa dua ekor lembu kepada Norizam yang menyambut hari jadi.

“Terima kasih kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kerana dalam sibuk Tunku dapat meluangkan masa untuk saya bertemu petang tadi di Royal Johor Club, Istana Pelangi.

“Tarikh ini 17 April 2023 dan pertemuan ini saya akan ingat sampai bila-bila selepas dihadiahkan 2 ekor kuda milik Tunku.Asalnya Tunku nak bagi 3 ekor sebenarnya.Begitulah pemurahnya Tunku Mahkota Johor sebenarnya.

“Untuk rekod TMJ memang pakar bermain Polo dan sudah memenangi lebih 42 kejuaraan Sukan Polo di Australia, India, England, Argentina, Malaysia dan Singapura serta memenangi dua kejuaraan polo peringkat tertinggi di Kejohanan Metro Open, Argentina.TMJ ada banyak kuda dari baka2 yg hebat.

“Walaupun perjumpaan ringkas hampir 2 jam sahaja tetapi sangat bermakna untuk TRW Kelantan FC dan saya secara peribadi. Semoga Allah SWT pelihara dan memberkahi seluruh keluarga TMJ,” kata Zamsaham di ruangan komen.

Meskipun kedua-dua pemilik pasukan ini melihat kuda sebenar, namun ramai berpendapat ada maksud lain yang mahu disampaikan oleh Zamsaham.

Ramai yang berpendapat beberapa pemain JDT bakal dipinjamkan ke Kelantan yang ketika ini sedang bergelut dengan masalah prestasi dalam saingan Liga Super.

Pemain yang kurang mendapat minit permainan bersama JDT berkemungkinan besar bakal dipinjamkan sekaligus membantu Kelantan untuk bangkit semula dalam saingan Liga Super.

Kelantan ketika ini menduduki tangga ke-13 dimana mereka setakat ini hanya meraih satu kemenangan, satu seri dan mengalami enam kekalahan.