Ketua jurulatih Penang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan, beliau melihat kedudukan undian TM Piala Malaysia 2022 yang hanya akan diketahui secara rasmi sebaik saingan Liga Super berakhir bukanlah satu isu besar.
Baca Juga:
- Piala Malaysia 2022: MFL Umum Tiada Aksi Peringkat Kumpulan
- Datuk Ong Kim Swee Sambut Baik Perubahan Format TM Piala Malaysia 2022
- Zainal Abidin: Penang Masih Belum Mengaku Kalah
Hal ini kerana beliau yakin dan percaya bahawa semua pasukan yang bertanding boleh bersikap profesional berhubung perkara tersebut.
Malah, beliau sendiri mengakui tidak ada perancangan buatnya untuk memilih di mana kedudukan akhir mereka sama ada di LS10 iaitu berdepan Kelantan FC atau LS11 yang akan bertemu Kuching City FC di pusingan 16.
“Kita sudah di era profesional jadi maruah pasukan amat penting dan saya fikirkan,pasukan akan bertungkus lumus sehingga pengakhiran liga.
“Seperti saya, tidak fikirkan siapa yang akan menjadi lawan kami kerana fokus Penang masih mahu cuba meraih seberapa mata di Liga Super dan menutup cabaran dengan lebih menyakinkan,” tambah Zainal Abidin lagi.
Undian TM Piala Malaysia 2022 yang berlangsung semalam memperlihatkan hanya kedudukan pasukan diundi (pasukan Liga Super) untuk mengisi posisi yang ditetapkan bagi saingan pusingan 16.
Hanya 5 pasukan Liga Premier sahaja telah mengetahui nasib masing-masing seperti Kelantan, Kuching City FC, Kelantan United FC, PDRM FC dan UiTM FC.
Seperti diketahui, pihak Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan bahawa TM Piala Malaysia musim ini akan terus ke pusingan kalah mati yang menggunakan format timbal balik melibatkan 16 pasukan tanpa aksi peringkat kumpulan seperti kebiasaan.