Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim nyata tidak berpuas hati dengan gaya permainan yang ditampilkan oleh Penanh pada aksi Liga Super musim 2022 di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat lalu.

Penang nyata tampil bertahan pada perlawanan pembukaan liga menentang juara bertahan itu dan perkara ini nyata tidak disenang oleh ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora dan TMJ sendiri.

TMJ
Sumber Gambar: Instagram TMJ

Parking bas ok. Tetapi time wasting teruk. Bayangkan statistik menunjukkan kami hanya bermain selama 46 minit sahaja. Yang lain setiap sepuluh atau tujuh minit jatuh.

“Kita sahaja negara dimana setiap kali penjaga gol menyelamatkan bola, dia akan mengalami kecederaan dan terbaring selama tiga minit. Sampai bila nak macam ni?

“Apabila jurulatih kami bertanya kepada pemain import Penang, mereka cakap itu semua arahan dari jurulatih (Tomas Trucha). Mulai dari minit kelima hingga habis perlawanan. Kesian penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawanan bola sepak,” kata TMJ menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Sebelum ini, Benjamin Mora kecewa dan tidak gemar dengan gaya permainan yang dipamerkan oleh lawan mereka yang dilihat berkumpul di kawasan sendiri dan sering terbaring di atas padang sehingga mengganggu rentak permainan.

Mora berkata semua pasukan dalam saingan Liga Malaysia perlu bermain dengan lebih terbuka bagi memastikan bola sepak di negara ini berkembang.

“Sebagai pemain profesional beraksi di liga profesional, bukan sahaja JDT malah semua pasukan dalam liga utama negara ini harus tampil dengan corak permainan terbuka dan menghiburkan dan dari situ bola sepak Malaysia akan berkembang.

“Bukannya kerap melambatkan permainan dengan sering terbaring di padang dan mengamalkan corak permainan bertahan dan anda sendiri lihat sekurang-kurangnya lapan dan sembilan pemain Penang FC berada di kawasan kotak penalti.

“Jika ingin bermain secara bertahan tiada masalah, sebaliknya perlulah membuat serangan balas dan bermain secara terbuka dan itu adalah strategi taktikal tapi sepanjang 90 minit kami tidak bermain bola sepak yang sepatutnya,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

“Sebab Mercun Itu, Saya Kena Bawa Anak Ke Hospital Terima Rawatan. Berlubang Belakang Peha Dia.”

TERKINI: 38 Pemain Positif COVID-19 Dan Ramai Berstatus Kontak Rapat, Aksi Sri Pahang, UiTM Serta Perak Ditunda

FAM Jelaskan Faktor Utama Tidak Hantar Skuad Wanita Beraksi Di Sukan SEA Vietnam