Ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan menggesa agar barisan serangan pasukan lebih tajam pada perlawanan akan datang sekaligus menamatkan rentetan seri dalam saingan Liga Super.
Melaka mencatat keputusan seri keempat dalam saingan liga selepas pertemuan menentang Terengganu semalam dan perkara itu nyata membimbangkan Zainal.
“Pemain haruslah keluar ‘bisa’ kerana kita masih lagi gagal merakam sebarang kemenangan, sebaliknya hanya seri dalam empat perlawanan.
“Tiga perlawanan terdahulu serta malam ini (semalam) kita mendominasi permainan, tapi pemain gagal memanfaatkan kelebihan itu, ini yang menghairankan kami,” kata Zainal Abidin Hassan.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak semalam, Melaka terlebih dahulu berada di hadapan apabila penyerang import, Alex Goncalves menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-3.
Namun pada separuh masa kedua Terengganu berjaya bangkit apabila Jordan Mintah menjaringkan gol penyamaan sekaligus memberikan satu mata kepada kedua-dua pasukan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Kurniawan Dwi Yulianto Diberi Amaran Keras Ekoran Prestasi Hambar Sabah
Adakah Penalti Ke-2 JDT Sepatutnya ‘Retake’, Kedudukan Kaki Khairulazhan Jadi Tanda Tanya.