Bekas penyerang skuad B-19 tahun negara, Zafuan Azeman mencuba nasib beraksi fi negara jiran, Thailand apabila beraksi bersama Angthong FC dalam saingan Thai League 3 musim ini.
Setelah terlepas aksi pada sebahagian besar musim 2019 kerana tidak terikat dengan mana-mana pasukan, kini Zafuan berpeluang untuk menampilkan kualiti serta kebolehan yang dimiliki.
Baru-baru ini, bekas pemain Kedah itu diberikan jersi bernombor 9 oleh Angthong bagi menghadapi saingan musim 2020.
Home jersey 2020 pic.twitter.com/DmSEoGV52C
— Zafuan (@zafuanazeman_) February 5, 2020
Menurut seorang sumber yang memberitahu Vocket FC, Zafuan menampilkan prestasi yang baik pada perlawanan pra musim yang dihadapi oleh Angthong.
Meskipun beliau terpaksa bersaing dengan dua penyerang import di bahagian serangan, namun Zafuan Azeman menunjukkan beliau mampu untuk memberi saingan sekaligus layak untuk berada dalam kesebelasan utama.
Dalam saingan Thai League 3 musim lalu, Angthong menamatkan saingan di tangga keempat dan mereka berazam untuk memperbaiki kedudukan sekaligus layak ke Thai League 2 musim hadapan.
Baca artikel lain mengenai Zafuan Azeman di sini: