Selepas tidak bernasib baik ketika beraksi bersama beberapa pasukan di Utara tanah air, akhirnya bekas penyerang skuad B-19 tahun negara, Zafuan Azeman kembali beraksi di peringkat profesional apabila menyertai kelab yang beraksi dalam saingan Thai League 3, Ang Thong FC.

Zafuan telah menandatangani kontrak bersama Ang Thong pada Sabtu lalu dan beliau sudah mula menyertai sesi latihan bersama pasukan barunya bermula semalam.

https://www.instagram.com/p/B126nvBFOK7/?igshid=97bbbr78z68k

Sebelum ini, Zafuan pernah menjalani beberapa tempoh percubaan antaranya bersama kelab Itali, Venezia FC serta sebuah lagi kelab Thailand, Bangkok United. Namun, Zafuan tidak ditawarkan sebarang kontrak profesional.

Selain itu, bekas pemain Kedah itu juga pernah menandatangani kontrak bersama pasukan yang bersaing di Liga Super dan Liga Perdana. Pada awal musim ini, Zafuan menyertai pasukan Perlis Northern Lions.

Zafuan-Azeman
Zafuan Azeman. Sumber Gambar: Pulau Pinang

Namun, setelah Perlis menghadapi krisis tunggakan gaji, Zafuan dilepaskan dan beliau kemudiannya menyertai pasukan Pulau Pinang. Akan tetapi, tidak diketahui apa puncanya, Zafuan hanya bertahan tidak sampai sebulan dimana beliau meninggalkan Pulau Pinang dan menyertai PKNP FC.

Hal yang sama turut berulang apabila Zafuan secara tiba-tiba meninggalkan PKNP FC dan kemudiannya bergelar ejen bebas sehinggalah beliau menandatangani kontrak bersama Ang Thong FC.

Zafuan Azeman dijangka membuat penampilan pertama bersama Ang Thong pada perlawanan terakhir Thai League 3 menentang Muangkan United 8 September ini.

Baca artikel mengenai Zafuan Azeman di sini:

Zafuan Azeman Sertai Pasukan Lembah Klang?