Pengurus KV Kortrijk, Yves Vanderhaeghe memberikan faktor utama mengapa beliau menyenaraikan penyerang B-19 tahun negara, Luqman Hakim dalam matchday squad untuk perlawanan menentang RSC Anderlecht Sabtu ini.
Yves menegaskan Luqman memiliki kepantasan serta teknik yang baik selain menampilkan prestasi cemerlang ketika sesi latihan pasukan.
Vanderhaeghe : "Ini adalah pemilihan pertama buat Luqman. Pada masa ini kita mempunyai pemain yang tidak dapat beraksi dan ini membuka ruang kepada Luqman. Dia menunjukkan prestasi baik semasa latihan. Dia juga mempunyai kepantasan dan memiliki teknik yang baik. pic.twitter.com/1YlOQkWCmh
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) October 22, 2020
“Ini adalah pemilihan pertama buat Luqman. Pada masa ini kita mempunyai pemain yang tidak dapat beraksi dan ini membuka ruang kepada Luqman.
“Dia menunjukkan prestasi baik semasa latihan. Dia juga mempunyai kepantasan dan memiliki teknik yang baik,” kata Yves Vanderhaeghe.
Alhamdulillah terima kasih ya allah , walaupun gol biasa biasa , berkat doa anda semua 🤲
This is my 1st goal for my 1st official game in 2020 ❤️ pic.twitter.com/Qm4L633AJY
— luqmansham10 (@luqmansham10) October 13, 2020
Sebelum ini, Luqman berjaya mencipta jaringan pada perlawanan kompetitif pertama beliau bagi tahun 2020 bersama skuad B-21 tahun KV Kortrijk.
Luqman menjaringkan gol kemenangan ketika Kortrijk menewaskan K Beerschot VA dengan keputusan 1-0 pada perlawanan Jupiler Pro League B-21 minggu lalu.
Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:
TERKINI: Luqman Hakim Tersenarai Dalam Skuad Utama KV Kortrijk Bertemu RSC Anderlecht Esok
Luqman Hakim Gembira Jaringkan Gol Pada Perlawanan Kompetitif Pertama Bersama KV Kortrijk
Luqman Hakim Jaringkan Gol, Bantu KV Kortrijk B-21 Tewaskan K Beerschot VA