Penyerang muda negara, Luqman Hakim berjaya menjaringkan gol untuk skuad KV Kortrijk B-21 tahun sekaligus membantu pasukan itu menewaskan K Beerschot VA pada perlawanan Jupiler Pro League B-21 semalam.
Luqman menjaringkan gol tunggal pada minit ke-83 dimana beliau membuat satu tandukan hasil daripada hantaran Loic Ritiere yang juga rakan baiknya dari sebelah kiri.
What a header @luqmansham10 🔥 Luqie scored the winning goal for @kvkofficieel in 🇧🇪 U21 Pro League match 🆚 @kbeerschotva!
🎥 @kvkjeugd pic.twitter.com/nhAfAiEjWC
— Balrz.tv (@balrztv) October 13, 2020
Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus gol tunggal bekas pemain Selangor 2 itu memberikan kemenangan kepada KV Kortrijk.
Kemenangan KV Kortrijk B-21 tahun berjaya melonjakkan kedudukan mereka dalam carta liga. Ketika ini Kortrijk menghuni tangga ke-4 dengan perolehan 14 mata setelah mengharungi enam perlawanan setakat ini.
Kortrijk dibezakan dua mata dengan pendahulu, Sint Truiden yang menghuni tangga pertama dengan kutipan 16 mata.
Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:
Luqman Hakim Tersenarai Dalam Skuad Utama KV Kortrijk Berdepan RWD Molenbeek
Luqman Hakim Tunjuk Perkembangan Positif, Sedang Berusaha Tingkatkan Tahap Fizikal
Luqman Hakim Tenang Tunggu Peluang Jalani “Debut” Di Jupiler Pro League