Penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim kini sudah lebih sebulan berada di Belgium dan beliau dilihat berjaya menyesuaikan diri dengan baik bersama kelabnya, KV Kortrijk.
Sudah menjaringkan beberapa gol bersama skuad B-21 tahun dan juga skuad senior dalam perlawanan persahabatan, kini yang di tunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tanah air ialah Luqman beraksi buat kali pertama dalam saingan Jupiler Pro League.
Pada perlawanan menentang Royal Excel Mouscron pada Sabtu lalu, peminat menjangkakan Luqman akan diturunkan setelah mengikuti sesi latihan sebelum perlawanan dijalankan. Namun, hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan apabila Luqman tidak berada dalam matchday squad.
De elf Kerels die het opnemen tegen @ExcelMouscron! 🔥
🔴⚪️ #KVKREM #COYR pic.twitter.com/LTriQRPDy3
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) September 13, 2020
Melihat kepada perkara ini, Luqman tidak cepat melatah dan beliau kekal tenang menunggu peluang untuk menjalani debut dalam saingan divisyen pertama bola sepak Belgium itu.
Menerusi laman media sosial Twitter miliknya, Luqman memuat naik kata-kata semangat sekaligus menggambarkan beliau tidak akan berputus asa untuk mendapatkan perhatian pengurus Kortrijk, Yves Vanderhaeghe.
“Champions keep playing until they get it right.” 💪
— luqmansham10 (@luqmansham10) September 14, 2020
Ketika ini, KV Kortrijk menduduki tangga keempat dalam carta liga dengan kutipan 10 mata, dua mata di belakang pendahulu iaitu Charleroi.
Pada perlawanan seterusnya, Kortrijk akan turun berdepan Standard Liege di tempat lawan.
Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:
KV Kortrijk Teruskan Rentak Kemenangan, Luqman Hakim Tidak Tersenarai Dalam Skuad Perlawanan
Penundaan Saingan AFC B-19 Tahun Beri Kelebihan Buat Luqman Hakim
Ini Komen Luqman Hakim Selepas Jaringkan Gol Pertama Dalam Debut Bersama Skuad Senior KV Kortrijk