Penyerang muda negara, Luqman Hakim berasa gembira kerana beliau berjaya menjaringkan gol pada perlawanan kompetitif pertama beliau bersama skuad KV Kortrijk B-21 tahun.
Luqman menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan menentang K Beerschot VA semalam, sekaligus membantu Kortrijk memperbaiki kedudukan dalam carta liga dimana mereka kini menghuni tangga keempat.
What a header @luqmansham10 🔥 Luqie scored the winning goal for @kvkofficieel in 🇧🇪 U21 Pro League match 🆚 @kbeerschotva!
🎥 @kvkjeugd pic.twitter.com/nhAfAiEjWC
— Balrz.tv (@balrztv) October 13, 2020
Dalam satu temu bual yang dikongsi oleh kelab, Luqman nyata gembira dapat menjaringkan gol sekaligus menyumbang mata untuk pasukan.
“Loic Ritiere membuat hantaran dan saya berjaya menanduk hantaran tersebut. Saya gembira dengan jaringan tersebut kerana saya tidak banyak beraksi ketika di Malaysia.
“Kini, dalam perlawanan kompetitif pertama pada tahun ini dan kemudiannya dapat menjaringkan gol, saya amat berpuas hati.
Ikuti reaksi Luqman Hakim selepas menjaringkan gol pertama beliau secara rasmi bersama pasukan KV Kortrijk B21 tahun. pic.twitter.com/4wXt4omPxh
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) October 14, 2020
“Apa yang membuatkan saya lebih gembira ialah jaringan saya juga menjadi gol kemenangan untuk pasukan,” kata Luqman Hakim.
Prestasi semasa Luqman ini dilihat mampu untuk meyakinkan pengurus pasukan skuad B-21 KV Kortrijk bagi terus memberi peluang kepada pemain berusia 19 tahun itu untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan pada perlawanan akan datang.
Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:
Luqman Hakim Jaringkan Gol, Bantu KV Kortrijk B-21 Tewaskan K Beerschot VA
Luqman Hakim Tersenarai Dalam Skuad Utama KV Kortrijk Berdepan RWD Molenbeek
Luqman Hakim Tunjuk Perkembangan Positif, Sedang Berusaha Tingkatkan Tahap Fizikal