Pengendali pasukan Kelantan, Yusri Che Lah menyatakan beliau akan meninggalkan pasukan sekiranya para pemain masih menampilkan aksi longlai dalam saingan Liga Perdana musim ini.
Yusri berkata demikian setelah beliau menyaksikan pasukannya dibelasah 5-2 oleh pasukan Negeri Sembilandi Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Jumaat lalu. Yusri nyata kecewa dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya dan beliau lebih rela meninggalkan pasukan sekiranya keadaan tidak berubah.
KEPUTUSAN MASA PENUH PERLAWANAN LP10 LIGA PREMIER 2019#LigaPremier2019 pic.twitter.com/1WmKyHfCfe
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 20, 2019
“Saya ingin berlaku jujur dan berterus terang, jika tiada sebarang perubahan sikap (pemain Kelantan) lebih baik saya keluar.
“Buat apa saya mahu menjahanamkan reputasi sebagai jurulatih. Ketika bersama Kuala Lumpur, saya keluar tanpa ada masalah. Tapi saya rasa ada tanggungjawab terhadap Kelantan,” katanya menurut laporan Kosmo.
Tambah Yusri, beliau mungkin menggurkan penyerang import dari Afghanistan, Mustafa Zazai kerana pemain itu dianggap tidak cukup bagus untuk mengemudi jentera serangan Kelantan.
“Saya kena berterus terang, dia bukan pemain import berkualiti yang boleh membantu Kelantan sedangkan pasukan ini sinonim dengan kejayaan,” tambahnya.