Malam ini, peminat bola sepak tempatan dijangka akan berkampung di kaca TV untuk menyaksikan perlawanan AFC Champions League (ACL) diantara juara Liga Super 7 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang kelab Jepun, Nagoya Grampus.

Bintang tengah Nagoya Grampus, Yoichiro Kakitani menyasarkan untuk membawa pasukannya muncul sebagai Juara ACL musim ini walaupun diundi dalam kumpulan yang kuat.

“Saya tidak sabar dan sangat bermotivasi untuk bermain dalam pertandingan ini sejak menyertai Nagoya [dari Cerezo Osaka]. Ini kelab besar dan sudah 9 tahun kami tidak beraksi di ACL,” kata Kakitani kepada AFC.

Nagoya

“Sasaran kami ialah muncul sebagai juara. Berapa pasukan kuat di Asia turut bersaing dalam pertandingan ini tetapi apabila anda telah masuk, anda perlu sasar untuk jadi juara. Saya pernah bermain di ACL sebelum ini, tetapi saya mahu lakukan lebih baik bersama Nagoya,” ujarnya.

Kakitani pernah membantu Cerezo Osaka muncul sebagai juara Piala Emperor dan juara Piala J. League pada musim 2017. Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi di Piala Dunia 2014 bersama skuad kebangsaan Jepun dan pernah menyertai kelab Switzerland, FC Basel.

Mengulas mengenai pertemuan menentang JDT malam ini, Kakitani mendedahkan pasukannya sudah mengkaji corak permainan skuad Harimau Selatan melalui penelitian rakaman video termasuk aksi menentang Vissel Kobe dalam saingan ACL musim lepas.

“Kami telah menonton video rakaman untuk kaji permainan JDT dan mereka merupakan pasukan yang bermain secara tersusun dalam satu unit. Kami perlu berhati-hati dengan kekuatan mereka,” jelasnya.

Menghuni tangga ke-2 saingan J1 League musim 2021, Nagoya Grampus hadir ke Thailand membawa 26 orang pemain. 36 peratus daripadanya skuad ini memiliki masa bermain lebih 1,000 minit permainan dalam J1 League 2021.

Dari jumlah peratusan tersebut pula, 5 orang daripadanya mempunyai bilangan penampilan penuh 20 perlawanan liga musim ini.

74425845-CEA9-4820-BB4E-33737D8E2221
Barisan kemungkinan Nagoya Grampus.

Musim lalu, penjaga gol  Nagoya dari Australia, Mitchell Langerak memecahkan rekod ‘clean sheet’ terbanyak dalam 17 perlawanan J.League 1.

“Sebagai satu pasukan, kami perlu bekerja keras untuk membentuk barisan pertahanan yang kuat. kami terkenal di Liga J1 dan kami akan membawa ciri ini ke ACL,” kata pemain yang berusia 31 tahun itu.

“Fokus kami adalah untuk memiliki unit pertahanan yang teratur dan kemudian membina serangan dari sana. Kami bukan pasukan yang bermain bertahan semata-mata, kerana kami mempunyai banyak pemain yang mampu mencetak gol.

“Tentunya bagus untuk menjaringkan lebih banyak gol tetapi yang paling penting adalah memenangi setiap perlawanan. Kami tahu perbezaan gol juga boleh menjadi faktor, jadi saya akan lakukan yang terbaik untuk menjaringkan gol,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perlawanan JDT menentang Nagoya Grampus melalui pautan dibawah. 

Nagoya Grampus Bawa 26 Pemain, 39% Miliki Masa Bermain Lebih 1,000 Minit Dalam J1 League 2021

Farizal Marlias Mahu Catat Keputusan Positif Berdepan Nagoya Grampus

Benjamin Mora Waspada Ancaman Empat Pemain Nagoya Grampus