Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias menyasarkan untuk meraih keputusan positif pada perlawanan pertama saingan AFC Champions League (ACL) menentang kelab Jepun, Nagoya Grampus malam ini.

Farizal yang baru saja menamatkan tugasan bersama skuad kebangsaan dalam saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menegaskan beraksi di Thailand bukanlah satu isu kepada para pemain.

“Apa yang penting ialah persiapan kami baik dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi perlawanan pada esok (hari ini). Saya harap kami dapat meraih keputusan positif pada perlawanan itu nanti,” kata Farizal Marlias pada sidang media sebelum perlawanan.

Nagoya Grampus pula sedang berada dalam prestasi terbaik ketika ini dimana mereka ketika ini menduduki tangga kedua dalam saingan J1 selain mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas Mizushima dalam aksi Emperor’s Cup sebelum bertolak ke Thailand.

Satu lagi perlawaan dalam kumpulan G melibatkan kelab Korea Selatan, Pohan Steelers menentang kelab Thailand, Ratchaburi.

Empat pasukan dalam kumpulan G iaitu Nagoya Grampus, Pohang Steelers, Johor Darul Ta’zim dan Ratchaburi berkampung di Thailand setelah negara itu dipilih sebagai tuan rumah bagi semua perlawanan peringkat kumpulan G.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Nagoya Grampus Bawa 26 Pemain, 39% Miliki Masa Bermain Lebih 1,000 Minit Dalam J1 League 2021

Impian Safiq Rahim Beraksi Di ACL Akhirnya Jadi Kenyataan

Peminat Thailand Gesa Skuad Kebangsaan Guna Khidmat Pemain Naturalisasi