Sekumpulan penyokong Everton telah bersemuka dan memaki hamun Yerry Mina selepas kekalahan terbaru pasukan itu dalam Liga Perdana Inggeris.

Baca Juga:

Everton kalah 2-1 di tangan Southampton dalam aksi yang dipenuhi dengan penyokong yang marah ke atas prestasi mereka.

Malah dilaporkan, pemilik kelab dan pengurusan tertinggi dinasihati tidak menghadiri perlawanan di Goodison Park pada ketika itu kerana risau dengan ancaman keselamatan daripada penyokong.

Di dalam stadium, penyokong melaungkan protes berterusan ke atas pemain pemain Everton. Para penyokong mahu bersemuka dengan pemain selepas tamat perlawanan dan tidak berganjak meninggalkan tempat duduk mereka.

Mereka juga mahukan kesemua ahli lembaga pengarah meletakkan jawatan.

Sekumpulan penyokong Everton kemudian terserempak dengan Yerry Mina, di luar perkarangan stadium. Dipercayai sedang bersiap sedia untuk pulang ke rumahnya.

Dan mereka melepaskan kemarahan kepada Yerry Mina. Meminta pemain itu bermain dengan lebih semangat dan sepenuh hati.

Banyak kata kata kesat dilemparkan ke atas Mina. Termasuk mengingatkan pemain itu: “Jika pasukan kita tersingkir, kamu akan pergi bukan? Kalau kelab kita tersingkir kamu harus kekal.”

Yerry Mina cuma menganggukkan kepalanya. Kerana dia tahu penyokong tersebut sedang marah. Dia menjabat tangan penyokong tersebut, dan seorang lagi pula datang.

Mereka meminta Yerry Mina memberitahu kepada Lembaga Pengarah Kelab tentang kemarahan mereka.

“Tunjukkan kami sedikit hati kamu kawan. Jadi pemimpin, pergi bercakap dengan mereka,” kata penyokong itu mendesak Mina bersemuka dengan pengurusan tertinggi kelab.

“Tolong tunjukkan rasa hormat sikit kepada kelab ini, dan tunjukkan semangat kamu.”

Mina sempat membalas: “Saya akan menyerahkan jiwa raga saya berjuang untuk kelab ini.”

Namun peminat Everton tetap mahu Mina menunjukkan sikap kepimpinannya dengan bersemuka dengan pengurusan tertinggi kelab untuk menyatakan kemarahan mereka.

“Ayuh kawan, tunjukkan mereka diri kamu sebenar, jadi kapten kami, pakai lilitan kapten tu.”

Mina meminta maaf di atas situasi yang sedang melanda kelab ketika ini.

“Saya minta maaf untuk semua ini,” tegas Mina.

Mina kemudian diiringi oleh polis keluar daripada tempat kejadian. Mina sekali lagi meminta maaf dan diberikan tepukan oleh penyokong yang menghargai keberaniannya berdepan dengan mereka yang sedang marah.

Terdapat juga video di mana Anthony Gordon terpaksa memecut melarikan diri dengan keretanya ketika menyedari dia dikejar oleh penyokong Everton.