Granit Xhaka sudah memaklumkan kepada Mikel Arteta bahawa dia mahu tinggalkan Arsenal selepas tamat musim ini kerana mahukan cabaran baharu.
Ketika Arteta dilantik menjadi pengurus Arsenal, Granit Xhaka ketika itu sedang berunding dengan kelab lain untuk berpindah.
Xhaka pada masa itu bukan watak digemari peminat Arsenal selepas kontroversi dia membaling lilitan kapten. Membuatkan dia dilucutkan jawatan kapten.
Arteta kemudian memujuk pemain itu untuk kekal. Xhaka malah mendedahkan dia dan keluarganya sudah ‘packing’ beberapa barang kerana sedia untuk berpindah.
Xhaka kemudian kekal selepas dipujuk Arteta.
Di bawah kendalian Arteta, Xhaka benar benar bangkit. Dia menjadi pemain tengah penting Arsenal di bawah kendalian pengendali dari Sepanyol itu.
Dia juga menjadi nadi di bahagian tengah Arsenal pada musim The Gunners mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2022/23.
Sayangnya, kekalahan di tangan Brighton selepas beberapa siri keputusan yang tidak memihak, Arsenal kini 4 mata di belakang Man City. Dengan City masih ada baki 1 perlawanan dalam tangan lagi.
Xhaka sudah memberitahu Mikel Arteta, bahawa masanya sudah tiba untuk dia akhirnya pergi tinggalkan Arsenal. Tindakan itu untuk memudahkan Arteta merancang untuk musim hadapan.
Xhaka tidak akan melanjutkan kontraknya dengan Arsenal. Kelab Jerman, Bayer Leverkusen berminat mendapatkan Xhaka dengan nilai €15 juta.
Granit Xhaka, set to leave Arsenal at the end of the season. No negotiations over new deal and plan to part ways in June. 🚨⚪️🔴 #AFC
Bayer Leverkusen are in advanced talks to sign him — €15m fee.
Understand personal terms are almost agreed over four year deal — June 2027. pic.twitter.com/0MlyJwNwhm
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 16, 2023
Ini bermakna, Arteta perlu mencari pemain tengah baharu selepas ini.
Beberapa nama dikaitkan dengan Arsenal termasuk Moises Caicedo dan Declan Rice.
Apapun, peminat Arsenal ramai berterima kasih dengan Xhaka. Malah ada meminta maaf di atas layanan buruk mereka kepada pemain itu satu ketika dahulu.
Mereka memberikan tabik hormat kepada Xhaka, walaupun dibenci peminat sendiri, dia kekal setia dan profesional. Sanggup membatalkan hasrat berpindah, walaupun sedar dia ketika itu tak dimahukan oleh peminat.
Namun Xhaka bangkit, sehingga dia kembali memenangi hati peminat di Emirates.
Dia digelar kapten tanpa armband oleh peminat. Menjadi mentor kepada pemain pemain muda di Arsenal.
Agak sedih apabila Xhaka tidak dapat menamatkan musim ini dengan kejuaraan EPL. Kerana dia antara pemain yang sangat cemerlang untuk Arsenal musim ini.
Selamat tinggal Granit!