Pengurus Al Sadd SC, Xavi Hernandez dilaporkan telah menolak tawaran untuk mengendalikan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona pada bulan Januari 2020 kerana masih mahu bersama kelab dari Qatar itu.
Barcelona kini sedang mencari pengurus baharu selepas Ernesto Valverde gagal membawa kelab itu ke final Piala Super Sepanyol selepas tewas 2-3 kepada Atletico Madrid khamis lalu.
Kedudukan Valverde mula tergugat selepas pasukannya disingkirkan Liverpool dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan tewas kepada Valencia dalam final Copa del Rey musim lalu.
Media-media di Sepanyol melaporkan bahawa Ketua Eksekutif Barcelona, Oscar Grau, dan setiausaha teknikal, Eric Abidal, telah ke Doha untuk mengadakan pertemuan dengan Xavi untuk membincangkan tentang tawaran menjadi pengurus Barca kelmarin.
📰 | "Valverde KO" [MD]
• "The coach could be removed from his job today by the board after the meeting held by president Bartomeu"
• "Xavi Hernández rejected to take charge of the team in January but left the door open for June"
• "Pochetino and Setien, the alternatives" pic.twitter.com/qdoeVcvWL2
— Barça Insider (@theBarcaInsider) January 13, 2020
Xavi mengakui memang impiannya untuk bimbing kelab yang diwakilinya sejak remaja lagi namun bukan sekarang kerana beliau perlu fokus dalam final Piala Qatar yang akan berlangsung pada hari jumaat ini.
“Mengendalikan Barca merupakan impian saya, saya tidak dapat menafikannya. Semua orang tahu bahawa saya menyokong mereka dengan setulus hati saya,” katanya.
“Benar, Abidal adalah rakan saya. Saya pernah bertemunya banyak kali, jadi saya tidak boleh berkata apa-apa.
“Saya menghormati Barcelona, saya menghormati Valverde, saya menghormati pemain dan kelab saya. Mereka (Barca) berada di sini untuk bercakap dengan saya dan membincangkan banyak perkara.
“Saya tidak dapat berkata apa-apa lagi. Maaf, saya tidak dapat memaklumkan terlalu banyak kepada anda,” jelasnya.
📰 | Xavi's 'no':
Xavi was offered 2 and a half year contract, but the perspective and haste against him made him suspicious. His intention was not to be the bad guy and decline the offer but rather it would mean a disrespect while Valverde is in office. [esport3] pic.twitter.com/RToOwX6w57— Barça Insider (@theBarcaInsider) January 12, 2020
Bagaimanapun, beliau sedia mempertimbangkan tawaran untuk melatih Barcelona pada bulan Jun 2020 selepas selesai tugasannya dalam saingan Liga Qatar.
“Saya berjumpa dengan Abidal, dia rakan saya, itu sahaja. Saya sedang melakukan tugas saya di sini. Saya melakukannya dengan sebaik mungkin.
“Saya fokus terhadap perlawanan separuh akhir dan kami kini akan beraksi dalam final, jadi saya amat gembira.
“Saya amat gembira untuk mengendalikan Al Sadd dan saya fokus kepada pasukan saya,” katanya
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Kelab Tokyo Verdy Mempunyai 68 Rakan Penaja, Bagaimana Mereka Menguruskan Semua Penaja Ini?