Pengurus baharu Barcelona, Xavi Hernandez diumumkan secara rasmi di Nou Camp. Di hadapan ribuan peminat Barcelona yang hadir.
Xavi kembali semula ke Barcelona, kali ini sebagai pengurus.
Dan beliau sudah tak sabar untuk memulakan rutin baharunya di pusat latihan Barca.
Pengurus baharu Barca itu kemudian menyatakan keyakinan beliau ke atas Ousmane Dembele yang dilihat mampu menjadi pemain terbaik dunia pada posisinya.
Xavi menegaskan bahawa, ianya adalah tugas beliau untuk membantu Ousmane Dembele mencapai potensi terbaiknya. Namun pada masa yang sama Xavi sedar akan kesukaran yang dihadapi pemain itu pada ketika ini.
Dembele masih belum dapat menunjukkan potensi sebenar seperti yang diharapkan selepas perpindahan ke Barcelona, 4 tahun lalu dengan nilai €100 juta.
Di mana pemain sayap berusia 24 tahun itu kerap mengalami kecederaan dan masalah kecergasan. Setakat ini, terdapat 13 siri kecederaan yang dicatatkan Dembele sejak bersama Barca.
Beliau baru sahaja kembali ke pasukan utama selepas kecederaan dialaminya ketika Euro 2020 yang lalu. Namun hanya sehari selepas kembali beraksi, Dembele cedera kembali.
Dembele tidak akan berjumpa Xavi dalam beberapa minggu ini. Namun pengurus itu sudah melaungkan keyakinan akan mampu membantu Dembele menjadi pemain berkelas dunia.
Xavi berkata:
“Melanjutkan kontrak Dembele adalah keutamaan kita sekarang ini.”
“Ya dia bole menjadi pemain terbaik di dunia pada posisinya.”
“Ousmane harus bekerja lebih keras, dan dia ada potensi untuk memberikan perbezaan di Barca sebagai pemain berkelas dunia. Namun dia harus kekal konsisten.”
Xavi: “Extending Ousmane Dembélé’s contract is one of our priorities, yes! He could be the best player in the world in his position”.
“Ousmane has to work a lot, he has the potential to make the different at Barça as world top player. But he needs to be consistent”. 🔴🇫🇷 #FCB pic.twitter.com/rZXhv8O0aq
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 8, 2021
Nampaknya, Xavi sudah memberikan bayangan akan membina sistem yang berasaskan pemain seperti Ousmane Dembele.